Wednesday, 21 November 2007

BADAN PRO RASUAH (BPR) SELAMATKAN KHALIL


Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah menutup siasatannya terhadap kes pembalakan yang didakwa membabitkan bekas Menteri Besar Pahang, Tun Mohd Khalil Yaakob. Ini bermakna BPR sekali lagi menjadi Badan Pro Rasuah menyelamatkan orang yang didakwa seperti laporan rasmi yang dibuat kepada BPR

Pengarah Siasatan BPR, Mohd Shukri Abdull berkata, siasatan tersebut dibuat oleh BPR ekoran laporan polis terhadap Khalil yang diserahkan kepada pihaknya berhubung dakwaan tersebut.

"Laporan pertama oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Datuk Fauzi Abdul Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 28 Mac 2001 dan laporan kedua oleh bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) Keadilan Pahang, Razali Alias di tempat yang sama pada 4 April 2001.

"BPR tidak mempunyai asas untuk mengambil tindakan terhadap Khalil dan ekoran itu kes tersebut ditutup," katanya ketika menghubungi Malaysiakini hari ini.

Khalil kini merupakan Yang Dipertua Negeri Melaka.

Shukri berkata demikian ketika ditanya mengenai pertemuan beliau dengan Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Noor di Ibu Pejabat BPR di Putrajaya hari ini.

Kes Osu Sukam

Sebelum ini, Ezam memberitahu pemberita bahawa beliau mengadakan pertemuan Shukri bagi mendapatkan penjelasan mengenai hasil siasatan terhadap Khalil dan dua kes lain.

Dua lagi kes judi yang membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Osu Sukam dan kes dakwaan pecah amanah yang membabitkan sebuah kesatuan sekerja.

Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Ezam (foto) berkata, beliau merasakan ada unsur campurtangan politik dalam kes tersebut.

"Gerak akan meneruskan siasatan terhadap kes tersebut, termasuk mengadakan perbincangan dengan para peguam untuk tindakan lanjut," katanya.
Ezam juga menyoal mengapa keputusan menutup kes terhadap Khalil itu tidak pernah diumumkan secara rasmi sebelum in.

“Apakah ia bermakna laporan yang dibuat Fauzi itu tidak benar dan (oleh itu) adakah BPR akan mengambil tindakan terhadap Fauzi,” soalnya lagi.

Laporan polis

Dalam laporan polis itu, Fauzi mendakwa Khalil sebagai Menteri Besar Pahang ketika itu, meluluskan konsesi hutan kekal dengan tidak menghiraukan kuota yang ditetapkan oleh Dasar Hutan Negara.

Fauzi juga mendakwa Khalil, yang juga setiausaha agung Umno ketika itu, telah mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan oleh Dasar Perhutanan Negara ketika menjadi menteri besar Pahang antara 1986 hingga 1999.

Fauzi, dalam laporan itu juga, menyebut bahawa tindakan Khalil itu “menjejaskan sumber kewangan dan aliran tunai” kerajaan Pahang akibat hasil kawasan pembalakan bernilai RM300 juta hingga RM900 juta setahun, telah dibuka lebih awal.

Mengenai kes Osu pula, Ezam berkata, Shukri memaklumkannya kepadanya bahawa kes tersebut setakat ini telah ditutup kerana ketiadaan sumber yang dapat memberikan bukti.

"BPR, kata Shukri, memerlukan sumber sebelum siasatan boleh dilakukan ke atas Osu," katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaannya sebelum ini berhubung kes rasuah yang membabitkan seorang menteri, Ezam berkata, beliau akan mendedahkan nama menteri terbabit apabila tiba masa yang sesuai.

Sumber : Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59