Wednesday, 21 November 2007

LINGAM MUNCUL DI PEJABAT BPR HARI INI



Peguam Datuk VK Lingam dilihat berada di ibupejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya hari ini.

Lingam dilihat memasuki kawasan lobi pada kira-kira jam 10 pagi.

Beliau beredar kira-kira satu jam setengah kemudiannya melalui tempat letak kereta, bagi mengelak pihak media yang menunggu di situ.

Sehingga ini, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan tujuan kedatangan Lingam ke ibupejabat BPR.

Ini merupakan kali kedua Lingam bertemu dengan BPR.

Lingam kini menjadi tumpuan utama kontroversi yang tercetus ekoran pendedahan klip video yang menunjukkan perbualan telefonnya, dikatakan pada 2020, mengenai pelantikan hakim-hakim yang 'sehaluan'.

Lingam didakwa berbual dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Ahmad Fairuz bagaimanapun telah menafikan sebarang kaitan dengan klip video tersebut.

Beliau bersara sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Oktober lalu.

Sebelum ini, BPR dilaporkan telah menyiapkan siasatannya berhubung klip video tersebut dan turut mengambil kenyataan dari Lingam.

Dalam satu perkembangan terbaru Ahad lalu, adik Lingam - Thirunama Karasu - membuat dakwaan rasuah terhadap abangnya itu.

Thirunama dipanggil ke ibupejabat BPR semalam untuk diambil kenyataannya selama tujuh jam.

LINGAM YANG DIDAKWA MEMBERIKAN RASUAH DAN KESALAHAN LAIN HANYA DISIASAT 1 JAM SETENGAH. ADIKNYA YANG MENDAKWA LINGAM MELAKUKAN KESALAHAN DISIASAT SELAMA 7 JAM. SIAPA YANG SALAH INI LINGAM ATAU ADIKNYA?. MALAYSIA SUDAH TERBALIK. SIAPA LAPOR DIA KENA.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59