Friday, 23 November 2007

26 PERATUS RAKYAT SAKIT MENTAL , BUKTI KEGAGALAN KERAJAAN MENYEDIAKAN SUASANA KEHIDUPAN SELESA



SUNGAI PETANI - Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun.

“Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah, serta tiada sokongan masyarakat,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di sini semalam.

Jumlah pesakit mental yang sangat ramai menggambarkan bahawa kerajaan gagal menyediakan suasana kehidupan yang selesa dari segi mental dan fizikal.

Jumlah 3 juta ini bukan suatu angka yang kecil dan ianya pula bertambah dari masa ke semasa. Mengapa ini berlaku? Kerajaan mesti menjalankan kajian yang menyeluruh dan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini.

Gejala ini juga mungkin ada hubungkait yang rapat dengan peningkatan indeks jenayah seperti rogol, bunuh dan rompak dan sebagainya. Tahun lalu sahaja purata kes rogol hampir mencecah puratanya 7 kes rogol sehari manakala kes bunuh menunjukkan bahawa purata 1.6 orang di bunuh sehari. Bukankah suatu angka yang amat menggerunkan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59