Thursday, 4 October 2007

VIDEO LINGAM : FILEM HINDUSTAN BERULANG KEMBALI



Ibarat Filem Hindustan, siapa yang lapor orang itu yang akan disiasat, manakala orang yang dilaporkan berbuat salah terlepas begitu sahaja. Itulah episod-episod yang berlaku sebelum ini keatas Ezam, Ahmad Lutfi dan lain-lain yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai akta manakala orang yang didakwa bersalah lepas bebas tanpa disiasat.
Episod itu berulang lagi dalam kes terbaru melibatkan klip video VT Lingam-Fairuz. Media internet melaprokan bahawa Naib Presiden PKR, R Sivarasa dan pekerja parti itu, Sim Tze Tzin telah menerima notis dari BPR itu hari ini supaya mendedahkan dari mana mereka mendapatkan klip video itu, jika gagal mereka boleh dikenakan hukuman. Mereka diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat demikian.

Sivarasa berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan para pegawai serta penasihat undang-undang parti itu sebelum memutuskan langkah berikutnya.

“Jika kita terpaksa dikenakan hukuman demi untuk melindungi sumber kita, biarlah," kata Sivarasa kepada pemberita selepas menerima notis tersebut daripada ibupejabat BPR Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Notis itu menyatakan bahawa kegagalan untuk berbuat demikian adalah melanggar Seksyen 29 (c) Akta Mencegah Rasuah 1997.

Di bawah Seksyen 58 akta yang sama, mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara.

Video tersebut, yang didedahkan oleh PKR pada 19 September lalu, menunjukkan Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.

Ekoran itu, Sivarasa membuat laporan kepada BPR menggesa badan itu supaya menyiasat kandungan klip video tersebut.

'Kita kecewa'

Bagaimanapun, naib presiden PKR itu berkata hari ini bahawa BPR nampaknya lebih cenderung untuk menyiasat aduan dan sumber video klip tersebut.

Sivarasa, seorang peguam, berkata adalah lebih logikal bagi BPR untuk terlebih dahulu menyiasat dua individu yang dikaitkan dengan klip video tersebut.

Menurutnya, taktik seumpama itu akan menghakis keyakinan rakyat terhadap BPR dan mengurangkan kesediaan orang ramai untuk membuat aduan kepada badan tersebut.

“Kita telah menyatakan dengan jelas kepada BPR bahawa kita kecewa kerana tujuan siasatan mereka sudah menyimpang daripada menyiasat kesalahan (yang didakwa dilakukan) dalam klip video tersebut," katanya.

Sivarasa membandingkan tindakan BPR sekarang dengan percubaan polis untuk mengesan orang yang merakamkan klip video seorang wanita melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel pada tahun 2005.

“Kedua-dua klip video tersebut menunjukkan bahawa kesalahan telah dilakukan. Jadi saya bertanya kepada BPR apakah maknanya siasatan mereka bila kesalahan yang ditunjukkan dalam klip video itu tidak disiasat," tambahnya.

Sehingga ini, tidak dapat dipastikan sama ada BPR telah memanggil Lingam atau Ahmad Fairuz. Ketua Hakim Negara itu bagaimanapun telah menafikan bahawa beliau adalah orang yang bercakap dengan Lingam dalam klip video tersebut.

Kerajaan telah menubuhkan sebuah panel bebas tiga anggota untuk menyiasat kesahihan klip video tersebut.

Esok, BPR akan mengambil kenyataan daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59