Wednesday, 24 October 2007

UMNO & BN SEDIH AMAT SANGAT GOH TONG MENINGGAL



PM sedih sungguh bila jutawan judi Lim Goh Tong meninggal dunia semalam. Pak Lah, dalam kenyataannya kepada media, menyifatkan mendiang Lim sebagai usahawan yang sangat gigih dalam mengembangkan perniagaannya serta turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dalam pelbagai bidang industri.

“Beliau juga seorang dermawan yang cukup dikenali dan diakui. Saya percaya pemergian beliau merupakan satu kehilangan bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada masyarakat pengusaha dan peniaga di negara ini,” katanya kepada pemberita di Ipoh.

Bagi Pak Lah dia seolah-olah langsung tidak berasa kesal dan tidak rasa berdosa memungut cukai dari HASIL JUDI Goh Tong. Sebab itulah lesen perniagaan Goh Tong tidak ditamatkan.

Ada pihak mendakwa bahawa Goh Tong adalah penyumbang utama dana untuk Umno dan BN bagi mengalahkan PAS dan pembangkang pada setiap pilihanraya. Dakwaan ini memang ada logiknya kerana kalau BN kalah di Pahang kemungkinan Pusat Perjudian Goh Tong di Genting akan ditutup. Kerajaan negeri berkuasa keatas lesen premis perniagaan seperti di Kelantan.

Sebab itulah agaknya Goh Tong beriya-iya sangat menyumbang derma kepada Umno dan BN bagi memastikan BN terus berkuasa. Jadi kemungkinan Umno dan BN menang atas hasil judi. MASYA ALLAH.

Goh Tong mungkin semakin kecut perut dengan amaran Pesuruhjaya PAS Pahang apabila, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri membuat kenyataan bahawa Pusat Perjudian Genting akan ditukarkan kepada Pusat Peranginan dan seumpamanya jika PAS dan BA menang pada Pilihanraya Umum 2004 dan seterusnya.

Umno tak hirau HALAL dan HARAM

Memang menjadi dasar Umno dan Islam Hadhari yang tidak kisah HALAL dan HARAM, walaupun jelas di dalam Al Quran hasil judi adalah HARAM. Sebab itu lesen judi seperti TOTO, MAGNUM, DAMACAI, 4 Nombor dan sebagainya diberikan. Premis perjudian semakin banyak.

Oleh kerana tidak hiraukan HALAL dan HARAM maka dakwaan mengatakan Goh Tong adalah antara penyumbang terbesar kepada Umno dan BN ada kebenarannya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

aduhai saudara PAS,
Jangan nak salahkan mendiang Goh yang kerja begitu keras sepanjang hayat beliau dan bukan kaki malas , sembang kosong macam kaum PAS kat kelantan.Beribu rbu rakyat malaysia dapat kerja termasuk kaum kau sendiri dari hasil usaha mendiang.Jangan lupa semua yang kau orang rasa sekarang termasuk ubat yang kamu terima dari kerajaan mungkin datang dari hasil judi.Memang tak sedar diri , dan orang macam kau tidak patut hidup di dunia ini.Haram konon , pi rah.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59