Monday, 29 October 2007

SUNGAI DI SABAH TERCEMAR.MENGAPA MENTERI TAK BISING?



Hampir semua sungai di Sabah tercemar teruk, tetapi mengapa pemimpin Kerajaan Pusat tidak bising sebagaimana bisingnya mereka kalau sesuatu yang buruk itu berlaku di Kelantan. Inilah sikap 'double standard' pemimpin pusat yang rata-rata tidak bermaruah politik itu.

Bernama melaporkan hari ini bahawa hampir semua sungai di Sabah termasuk dua sungai utamanya iaitu Sungai Kinabatangan dan Sungai Padas sudah tercemar, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.

Katanya punca pencemaran sungai yang dikenal pasti antaranya pembuangan sisa buangan daripada kilang kelapa sawit, bahan buangan aktiviti ternakan haiwan, pemotongan bukit secara tidak mesra alam, aktiviti mengorek pasir dan batu sungai dan pencerobohan kawasan tebing sungai.

"Mendapan sisa pepejal daripada kegiatan tersebut menyebabkan sungai menjadi cetek, kualiti air terjejas serta mengancam hidupan dalam sungai," katanya pada penutupan Minggu Alam Sekitar peringkat negeri Sabah di sini hari ini.

Antara contoh kesan daripada pencemaran berkenaan, kata Masidi, ialah pengeluaran hasil pertanian di daerah Beaufort, yang menjadi laluan Sungai Padas, kini sudah merosot kerana daerah itu sering dilanda banjir yang menyebabkan tanaman musnah.

Sungai Kinabatangan yang penting untuk membekalkan sumber air minum dan kaya dengan hidupan akuatik seperti ikan dan udang galah menghadapi risiko pencemaran akibat pelepasan effluen oleh lebih 30 kilang kelapa sawit yang terdapat di daerah Kinabatangan, katanya.

Namun, katanya, tahap pencemaran berkenaan masih terkawal dan sungaisungai di Sabah masih boleh dipulihkan.

Kita tunggu dan lihat apa reaksi pemimpin Kuala Lumpur?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59