Wednesday, 31 October 2007

SUDAH PULUHAN TAHUN DI BAHAS, ORANG MELAYU PULAU TERUS MEREMPAT DI NEGERI SENDIRI



Media melaporkan UmnoPulau Pinang akan memastikan isu pencapaian ekonomi orang Melayu di negeri itu terus diberi perhatian dalam perbahasan para perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno yang bermula Isnin ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdullah berkata, walaupun kedudukan sosioekonomi orang Melayu di negeri ini jauh lebih baik dibandingkan dengan beberapa negeri, banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk memperbaiki kedudukan tersebut.

Kita pun hairan bagaimana Rashid mendakwa kedudukan ekonomi orang Melayu baik, sedangkan sedikit demi sedikit orang Melayu 'di halau dari Pulua Pinan. Cuba kita tinjau keadaan orang Melayu di sebelah pulau. Perkampungan Melayu asli hanya tinggal di kawasan Balik Pulau. Kawasan-kawasan lain boleh dikatakan tiada. Ini kerana mereka terpaksa 'berundur' ke Kedah dan Utara Perak disebabkan tanah mereka diambil kerajaan untuk pembangunan atau pun mereka jual kerana sebab-sebab tertentu.

Contoh paling ketara ialah di kawasan Batu Uban berhadapan USM, kalau pada hujung 80-an dulu masih terdapat Kampung Melayu yang luas di sana tetapi kini ianya hanya tinggal sekangkang kera semuanya telah ditelan pembangunan.

Dari segi politik, kuasa politik orang Melayu semakin terhakis. Di sebelah Pulau hanya Parlimen Balik Pulau sahaja yang diwakili oleh orang Melayu, parlimen lain semuanya terlepas kepada orang lain. Parlimen Balik Pulau pun lambat laun akan difaraidkan kepada MCA atau Gerakan kerana bilangan pengundi Melayu semakin susut iaitu kira-kira 58.84 % sahaja mengikut daftar pemilih 2004.

Adalah tidak menghairankan 10 atau 20 tahun lagi bilangan orang Melayu akan semakin berkurangan di sebelah pulau. Yang ada pun hanya staff dan pelajar Melayu USM, Minden.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59