Tuesday, 23 October 2007

Semak segera nama anda, daftar pemilih tambahan dipamer hari ini


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2007 mulai hari ini hingga 29 Oktober di 866 lokasi di seluruh negara lapor Bernama.

SPR dalam kenyataannya semalam berkata, warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat menyemak daftar pemilih itu.

Mereka yang nama tidak tersenarai dalam daftar pemilih boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B manakala bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang di dalam daftar pemilih itu boleh dibuat dengan mengisi Borang C.

Kedua-dua borang itu perlu diserahkan kepada Pendaftar iaitu pengarah pilihanraya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh Rang itu dipamerkan.

SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana meninggal dunia, lucut hak warganegara, bersara dari angkatan tentera atau polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai pemilih pos dan sebagainya.

SPR turut memohon kerjasama waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur wariswaris mereka yang telah meninggal dunia bagi memudahkannya membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia.

Waris boleh menghantar salinan itu melalui pos ke alamat Aras 5, Blok C7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya atau fax ke 0388889113 atau 0388889117.

Jika ada kesilapan, pemilih boleh menghantar pembetulan ke alamat emel spr@spr.gov.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya my atau menulis surat ke mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau Ibu Pejabat SPR, Putrajaya.

Pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin juga digalakkan membuat pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di pusat mengundi yang lebih dekat dengan tempat kediaman masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 0388856500 atau layari laman web SPR di www.spr.gov. my.

Harakahdaily

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59