Tuesday, 9 October 2007

RAFIDAH PURA-PURA


Nampaknya Rafidah cuba menyembunyikan kebimbangannya terhadap kemungkinan beliau akan dicabar oleh Azalina untuk jawatan Ketua Wanita Umno. Kita tahu hubungan Rafidah memang dingin dengan Azalina. Entah apa tindakan dan strategi yang akan dilakukan oleh Rafidah sama-sama kita tunggu. Rafidah sudah merasai kepahitan dimalukan Siti Zaharah Sulaiman tahun 1996 dahulu, apabila beliau tewas dalam perebutan jawatan Ketua Wanita tersebut.

Sudah tentu kali ini Rafidah tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali.

Media hari ini melaporkan bahawa Rafidah Aziz menegaskan, sokongan terbuka UMNO Bahagian Cheras kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menentangnya dalam pemilihan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan parti akan datang adalah ‘perkara remeh’.

Rafidah yang memimpin Wanita UMNO sepanjang 19 tahun sejak 1984, dengan hanya terlepas kepimpinan pergerakan itu selama empat tahun kepada Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman antara 1996 dan 2000, enggan memberikan komen panjang lebar mengenai sokongan terhadap Azalina.

Katanya, beliau tidak berpeluang membaca laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai isu sokongan terhadap Azalina kerana sibuk bermesyuarat.

‘‘Saya tidak mahu komen. Isu itu terlalu remeh untuk diperkatakan. Saya tiada komen.

‘‘Saya pun tidak baca surat khabar lagi sebab bermesyuarat sehari suntuk di Putrajaya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Rafidah berkata demikian ketika ditanya mengenai sokongan UMNO Bahagian Cheras yang disuarakan oleh Ketua UMNO bahagian itu, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee supaya Azalina dicalonkan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan parti akan datang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59