Thursday, 25 October 2007

PROTONLAH KATAKAN ......NAK BUAT MACAM MANA!!!!!!!!!!!!



Kegembiraan seorang pembantu jurutera memiliki kereta Proton Gen.2 1.6 liter baru, sembilan bulan lalu, tidak bertahan lama apabila kenderaan itu didakwa mula bermasalah sejak minggu pertama dibeli sehingga sekarang.

Lebih menyedihkan, Faizah Noor Fathir@Padzil, 27, berkata masalah berkaitan kualiti yang timbul itu masih gagal diselesaikan walaupun kereta dibeli pada kos kira-kira RM59,000 itu sudah acap kali keluar masuk bengkel.

"Sepanjang sembilan bulan memiliki kereta ini, masa banyak dihabiskan di dalam bengkel berbanding dia atas jalan raya kerana banyak masalah dan kerosakan yang berlaku.

"Saya membeli kereta berkenaan pada 1 Januari lalu dari wakil pengedar Proton di Skudai namun seminggu kemudian, saya mendapati karpet bumbung kereta itu terkopak dan mempunyai kesan dimasuki air.

"Saya menghantar kereta ke pusat servis Proton untuk menyelesaikan masalah itu dan selepas pemeriksaan dilakukan, pekerja pusat servis memberitahu saya terpaksa menunggu untuk mendapatkan alat ganti bersesuaian tetapi selepas kira-kira dua bulan menunggu, kebocoran itu belum dapat diatasi menyebabkan saya sekali lagi ke pusat servis untuk mendapatkan perkembangan mengenai alat ganti baru," katanya.

Bagaimanapun, Faizah berkata, selepas bertemu dengan seorang kakitangan pusat servis berkenaan, beliau dinasihatkan supaya ke pusat servis utama di Plentong dan kerosakan itu akhirnya dibaiki.

"Pada mulanya saya menyangka masalah kebocoran sudah tiada, tetapi sangkaan saya meleset apabila mendapati kebocoran masih berlaku dan ia berlarutan sehingga sekarang.

"Selain itu, beberapa masalah lain turut timbul seperti wayar di bawah papan pemuka tertanggal sehingga menyebabkan fius untuk pengilap cermin dan radio tidak dapat berfungsi.

"Disebabkan kereta saya sering keluar masuk ke pusat servis, saya dapati berlaku beberapa kerosakan pada bahagian kereta akibat kecuaian kakitangan seperti bumper belakang pecah dan perkara itu diakui sendiri penyelia pusat servis terbabit," katanya.

Faizah berkata, beliau sudah membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana tidak berpuas hati dengan kualiti kereta itu serta mutu perkidmatan kakitangan di pusat servis dan berharap mendapat pembelaan sewajarnya.

"Saya pernah meminta untuk menukarkan kereta itu dengan kereta baru, tetapi difahamkan ia tidak mungkin berlaku kerana masalah yang timbul itu tidak termaktub dalam perjanjian bagi membolehkan pembeli membuat penukaran.

"Saya membeli kereta ini kerana ia buatan Malaysia, tetapi selepas beberapa lama menggunakannya baru saya tahu kualitinya yang pada hemat saya boleh menjejaskan imej kereta nasional itu sendiri.

"Jika orang lain gembira selepas membeli kereta baru, saya pula membayar ansuran RM680 sebulan untuk memiliki kereta bermasalah dan memeningkan kepala," katanya.

Faizah berkata, beliau bercadang untuk membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya masih belum mendapat penyelesaian terbaik daripada pihak terbabit.

Harian Metrok

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59