Tuesday, 2 October 2007

PILIHANRAYA TAK JADI NOVEMBER INI?



KUALA TERENGGANU : BN takut untuk mengadakan Pilihanraya Umum lebih awal. Walaupun serangan demi serangan dilancarkan kepada pembangkang sejak sebulan dua ini nampaknya suasana masih belum selesa untuk Pak Lah membubarkan parlimen. Walaupun pada awalnya Pak Lah seolah-olah selesa untuk mengadakan Pilihanraya Umum pada November ini, tetapi hakikatnya kini beliau jelas takut untuk berbuat demikian.

Beberapa peristiwa dan program yang sememangnya dirancang oleh untuk menarik sokongan rakyat akhirnya menjadi 'back fire' kepada mereka. Sambutan 50 tahun merdeka akhirnya menikam Pak Lah semula kerana rakyat mual dan jelak dengan gelagat Khairy yang jelas mengangkat diri sendiri dalam semua program kemerdekaan seperti malam ambang merdeka dan lain-lain.

Bajet 2008 juga jelas gagal 'mengelirukan' rakyat apabila tiada perkara baru yang betul-betul menarik perhatian rakyat. Minyak tidak diturunkan, bonus kakitangan awam tiada, projek menaikkan ekonomi Orang Melayu jauh sekali dan seribu satu janji yang diramalkan tidak menjadi nyata dalam bajet tersebut.

Malah kerajaan semakin tersepit dengan isu keganasan Polis di Batu Burok. Isu jenayah dan keselamatan terus menjadi mimpi ngeri rakyat. Satu demi satu kes melibatkan pembunuhan kanak-kanak berlaku dan ianya tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan. Indeks jenayah terus meningkat saban hari. Tetapi Polis terus hilang punca apabila tunduk membabi buta akan arahan kerajaan memantau program pembangkang sedangkan tugas utama menjaga keselamatan rakyat dan negara diabaikan.

Rasuah terus membarah bukan sahaja dikalangan pegawai-pegawai malah kementerian-kementerian kerajaan Islam Hadhari turut terbabit. Malah Kementerian Pertahanan pimpinan Najib juga dilaporkan begitu parah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006. Kes jet Sukhoi, Kapal Selam dan kapal peronda laut tidak siap terus menghantui kerajaan dan ianya gagal dijawab oleh Najib dan Pak Lah.

Kementerian Belia dan Sukan juga menjadi sasaran dalam Laporan Ketua Audit Negara Sebagai contoh skru driver berharga RM50 dibeli sehingga berkali-kali ganda harganya. Azalina sebagai menterinya menuding jari kepada Hishamuddin yang menerajui kementerian itu sebelumnya. Nampaknya isu ini juga gagal dijawab.

Lebih malaang semua menteri yang terlibat tidak diambil sebarang tindakan. Hampir semua kementerian terlibat dengan masalah seperti yang dilaporkan oleh laporan audit tersebut. Apakah Pak Lah ingin menunggu rakyat untuk menghukumnya dan menteri-menteri tersebut? (Sila tunggu Pak Lah kalau berani bubarkan Parlimen sekarang, begitu cabaran salah seorang penyokong pembangkang yang kami temui baru-baru ini)

Selain itu isu babi di Melaka juga jelas merimaskan Pak Lah apabila MCA secara terang-terang tidak menghormati Umno apabila terus menyokong penternak babi yang 'dizalimi' oleh kerajaan BN Melaka. Sokongan kaum cina kepada penternak babi adalah jelas apabila semua media cina memaparkan pembelaan DAP kepada penternak babi. Lawatan dan dialog antara PAS dan penternak babi juga disiarkan oleh media tersebut tanpa diskriminasi.

Isu-isu lain yang melibatkan kenaikan harga barangan, kos hidup yang terus meningkat, isu murtad, isu kedaulatan melayu dan lain-lain terus menggugat Pak Lah.

Atas sebab itulah Pas meramalkan pilihan raya umum akan diadakan pada Mac atau selewat-lewatnya pertengahan tahun depan berdasarkan beberapa perkembangan dalam negara yang menuntut penjelasan daripada kerajaan.

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, sebelum ini, Pas menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan pada November ini, namun beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menangguhkannya sehingga tahun depan berikutan beberapa isu yang masih belum selesai.

Beliau mendakwa, selagi isu-isu berkenaan tidak selesai, UMNO tidak mempunyai keberanian untuk menghadapi pilihan raya lebih awal.

“Walaupun UMNO belum bersedia tetapi Pas sudah lama bersedia. Saya nampak Perdana Menteri dan UMNO belum bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum bulan November ini,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Menurut Mustafa, antara isu hangat yang menuntut penjelasan kerajaan adalah rakaman video antara seorang peguam kanan mengenai urusan pelantikan hakim, rusuhan di Batu Burok, isu pemindahan ternakan babi di Melaka dan beberapa isu lain

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59