Wednesday, 24 October 2007

PILIHANRAYA NOVEMBER? MASA SEMAKIN SUNTUK KITA MASIH SYOK SENDIRI?



Masa semakin singkat?

Pilihanraya kian hampir. Jika ianya dilangsungkan pada pertengahan atau penghujung November bermakna kita hanya ada 4 atau 5 minggu sahaja lagi. Apa yang kita boleh buat dalam masa sesingkat itu? Atau jika ianya diadakan pada tahun depan, masa hanya berbaki 2 atau 3 bulan sahaja lagi. Tempoh itu amat singkat bagi merubah corak pemikiran rakyat.

Rata-rata kita sebenarnya belum serius mengatur rentak 'menyerang' setiap rumah berbekalkan sedikit buah tangan bersama risalah penerangan. Seolah-olah kita ketandusan tenaga kerja untuk mendekati rakyat, walhal bilangan ahli-ahli PAS - sekurang-kurangnya di atas kertas - cukup ramai, dan mampu untuk mencetuskan riak gelombang. Mungkin tenaga seramai itu gagal diuruskendalikan dengan baik bagi melaksanakan satu misi besar-penting-segera.

Malah sehingga Parlimen dan Dun dibubarkan, seterusnya hari penamaan calon berlangsung, ada di antara kita masih kaget sedangkan semua maklum kempen pilihan raya cukup singkat sekali. Pada 2004, hanya dibenarkan kempen 7 setengah hari, dan kita usah harap Abdullah Ahmad Badawi akan memanjangkannya mengulangi zaman Tunku Abdul Rahman (tahun 1959, 35 hari; 1964, 35 hari; 1969), atau era Tun Hussein On (1978, 26 hari).

Mensia-siakan peluang

Sedihnya, sudahlah kempen kian pendek dan kini yang terpendek, kita seolah-olah mensia-siakannya pula. Kita perhatikan ada tempat yang pembangkang mula berkempen hanya selepas tiga hari penamaan calon, maknanya tinggal berbaki empat *hari sahaja. Mungkin atas sebab itu Setiausaha SPR pernah mendakwa pemimpin PAS sendiri tidak mahu tempoh kempen dipanjangkan!

Kita cukup tertarik dengan gerak kerja Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) - yang beroleh kemenangan dalam pilihan raya umum Turki baru-baru ini - yang mengerahkan lebih setengah juta anggota partinya untuk turun berkempen dari rumah ke rumah.

Di Istanbul sahaja lebih 100,000 ahlinya berbuat demikian dengan mengunjungi lebih 95 peratus rumah di kota berkenaan. (Itu dalam suasana mereka pun boleh memanfaatkan tv dan radio, sedangkan di Malaysia pembangkang dinafikan sama sekali). Mereka turut dibekalkan bantuan keperluan harian serta risalah agenda perubahan yang dikemukakan AKP kepada rakyat.

Sewajarnya kita sudah merancang kempen, dalam kiraan dari jam ke jam, bukan dari hari ke hari lagi, bila saja gendang pilihan raya dipalu. Dengan sumber dan tenaga yang terhad, pembaziran adalah satu dosa tak terampun, termasuk aspek masa yang hangus begitu saja.

Dari segi pilihan raya, PAS lebih teruji daripada AKP Turki mahupun PKS Indonesia, soalnya mengapa kita sering alpa mendepani strategi BN yang tidak sehebat mana pun itu. Seperti kata seorang teman, percayalah, dengan keikhlasan dan kerja luar biasa, kita masih boleh menguasai gelanggang ini, namun ia menuntut gerak kerja luar biasa hebatnya.

Ramadhan disia-siakan

Dari tinjauan yang dibuat hampir semua organ kita di semua peringkat seolah-olah menutup pejabat dan markaz masing-masing sempena Ramadhan. Persoalannya adakah kita tidak yakin bahawa kerja-kerja jamaah adalah amal ibadat. Atau lebih parah lagi ada mungkin ada yang beranggapan bahawa kerja-kerja parti ini kerja sia-sia atau maksiat. Masya Allah.

Jamuan Hari Raya syok sendiri

Selepas hampir 2 minggu Ramadhan meninggalkan kita, petugas-petugas parti dan organ-organ sibuk dengan jamuan hari raya dan rumah terbuka. Malangnya rumah terbuka kita seolah-olah hanya untuk orang-orang PAS sahaja. Rata-rata pengunjung rumah terbuka PAS adalah orang PAS. Sebagainya contoh Rumah Terbuka PAS Kawasan Bukit Katil yang dijalankan di Markas PAS Kawasan Bukit Katil, boleh dikatakan 100% pengunjung adalah Orang PAS atau Penyokong PAS. Adakah ianya mencapai objektif untuk mendekati masyarakat atau kita hanya syok sesama sendiri.

Akhirnya kita amat bimbang dengan persiapan diri kita sendiri. Masa semakin suntuk. Bak kata Orang Putih...'just around the corder'.....

Apakah kita masih lena diulik mimpi sedangkan masa terus memancung kita. Apakah dengan mimpi ini kita boleh mengubah minda dan pemikiran pengundi. Atau mungkin kita hanya mengharapkan takdir menentukan segalanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

paklang lah said...

Bukan syok sendiri, kalau kita tak raikan ahli siapa lagi. Mereka inilah yang akan buat kerj auntuk parti. Kalau tak buat tentu ramai yang akan tanya. kalau orang lai tak datang sedangkan kita dah jemput, macam tu jugalah kalau kita buat ceramah untuk informasi ahli tapi yang hadir beberapa kerat saja. Ana ada dengar rungutan dari Naib Presiden kita Hj Mohamad Sabu yang mengatakan dalam tiga ceramah terakhir beliau di sebuah negeri di utara yang menjadi prospek untuk membuat kejutan dalam PRU 12 nanti hanya meneima kehadiran tak sampai seribu orang dalam setiap ceramah tersebut. Orang sana bukan buat ceramh untuk syok sendiri...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59