Friday, 12 October 2007

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI PRESIDEN PAS



Saya bagi pihak Parti Islam Se Malaysia (PAS) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada semua umat Islam khasnya rakyat Malaysia samada yang berada di tanahair ataupun di luar negara. Sesungguhnya hari ini adalah hari kurniaan Allah swt kepada mereka yang telah berjaya menjalani ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan dengan penuh ketaatan kepada Nya, mengerjakan segala yang disuruh dan menjauhkan segala yang dilarang.

Mudah-mudahan Allah swt menerima segala amalan kita sepanjang bulan yangpenuh barakah itu dan mengurniakan kita kejayaan bagi melalui bulan-bulanyang berikutnya. Inilah masanya untuk kita memperbaharui azam danmempertingkatkan komitmen kita untuk berjuang dengan sungguh-sungguh bagimeninggikan agama Nya setelah kita berjaya terbit dan lulus dari bulantarbiyah sepanjang Ramadhan yang lalu sebagaimana firman Allah yangbermaksud:

Supaya agama ini zahir, menang mengatasi segala ajaran yang lain walaupundibenci oleh orang-orang musyrikin (As Saff : 9)

Kejayaan akan menjadi milik kita dengan pertolongan Allah swt sekiranyakita berjaya menzahirkan ketaqwaan dan keimanan yang kukuh bagi menghadapimereka yang memusuhi kita. Al Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhanmestilah menjadi pegangan dan panduan kita untuk dibawa ketengahmasyarakat bagi menyelamatkan mereka dari kesesatan dan kemusnahan denganmemimpin mereka ke arah kebenaran dan kesejahteraan yang sebenar. Allahswt berfirman yang bermaksud:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanyaditurunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadiketerangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al Baqarah : 185)

Marilah pada hari yang mulia ini kita seluruh umat Islam, berbekalkansemangat Ramadhan, bersatu di bawah panji-panji Islam dengan mengenepikanapa sahaja perselisihan dan perbezaan diantara kita, bersama melangkahdinaungi keredhaan Nya. Sessungguhnya urusan agama dan dunia insyallahakan dapat kita laksanakan dengan sempurna kiranya kita berjaya menyatukanpersaudaraan kita di atas kalimah tauhid yang satu, berpadu menyelamatkanagama, bangsa dan Negara.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahhil Hamd

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang
Presiden PAS


1 Syawal 1428

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59