Friday, 5 October 2007

Permohonan batal notis penternak babi ditolak


MELAKA : Mahkamah Tinggi di sini menolak tuntutan pembatalan notis oleh dua penternak babi Kampung Paya Mengkuang berhubung pengurangan jumlah ternakan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pada 21 Ogos lalu.

Hakim Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua pihak.

Penternak terbabit iaitu Lim Oh Pah dan Ye Kim Onn diwakili peguamnya, Gideon Tan dan Teo Nie Ching manakala MPAG diwakili Datuk D.P Naban dan

Vijay Kumar.

Mohtarudin hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Antara kandungan hujahan Gideon ialah kegagalan MPAG mengeluarkan notis awal untuk memaklumkan mengenai operasi pemusnahan 4 September lalu dan mendakwa kegiatan penternakan babi oleh anak guamnya itu digalakkan oleh pihak berkuasa melalui pemeriksaan yang kerap oleh Jabatan Haiwan negeri.

(KALAU KERAJAAN TIDAK SUKA KEPADA PENTERNAKAN INI TENTU MEREKA MENGARAHKAN JABATAN HAIWAN JANGAN MENOLONG PENTERNAK. TETAPI JABATAN HAIWAN KERAP PERGI KE SANA UNTUK MEMERIKSA HAIWAN TERSEBUT, SUDAH TENTU IANYA MENUNJUKKAN SEOLAH-OLAH PENTERNAKAN ITU 'HALAL' DI SISI KERAJAAN)

Sementara itu D.P Naban dalam hujahannya mempertahankan tindakan MPAG mengeluarkan notis awal dan amaran pihak berkuasa itu tentang tindakan penternak berkenaan yang melakukan pengubah suaian dan membesarkan ladang tanpa kebenaran MPAG.

Oh Pah kini mempunyai lebih 10,000 ekor ternakan manakala Kim Onn memiliki lebih 7,000 ekor. Ladang ternakan mereka terletak di Kampung Paya Mengkuang dan Kampung Bukit Beruang, Masjid Tanah.

Awal bulan ini, kerajaan negeri melalui pelbagai agensi berkaitan telah mengadakan operasi pemusnahan ternakan babi bagi mengurangkan jumlah ternakan tersebut dari 160,000 yang ada kepada 48,000 sahaja kerana aktiviti tersebut mencemar alam sekitar serta mengganggu kesihatan penduduk sejak 50 tahun lalu.

Operasi tersebut terpaksa dilakukan ekoran sikap para penternak babi terbabit tidak mengendahkan gesaan kerajaan supaya mengurangkan jumlah ternakan kerana berlaku pencemaran udara dan air yang teruk di kawasan terbabit.

Bagaimanapun operasi tersebut gagal selepas para penternak khususnya di Kampung Paya Mengkuang dan Kampung Bukit Beruang, Masjid Tanah menghalang operasi tersebut manakala para pemimpin Cina pula membuat rayuan penangguhan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri telah memberi tempoh sehingga 21 September ini bagi para penternak mengurangkan ternakan mereka

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59