Monday, 8 October 2007

PERANG RAFIDAH-AZALINA SEMAKIN RANCAK


'Perang Rafidah-Azalina semakin rancak apabila Azalina mula mendapat sokongan terbuka untuk menentang Rafidah.

UMNO Bahagian Cheras hari ini menyatakan sokongan terbuka kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dalam pemilihan parti akan datang.

Ketua UMNO bahagian itu, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Azalina, 44, ialah calon yang layak untuk menerajui dan membawa pembaharuan kepada sayap UMNO itu.

“Azalina adalah seorang yang berpendirian dan berani dalam berpolitik, jadi beliau perlu diberi peluang,” katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan penyampaian sumbangan Hari Raya anjuran UMNO Bahagian Cheras di sini.

Azalina turut hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis itu.

Syed Ali memberitahu, sokongan secara terbuka kepada Azalina itu menunjukkan bahawa UMNO tetap memerlukan Wanita sebagai penggerak utama parti lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum.

Sementara itu, Azalina ketika ditemui pemberita menegaskan, apa yang penting kepadanya sekarang adalah untuk mengekalkan kedudukan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Saya hanya ahli MT dan saya akan cuba kekalkan kedudukan itu. Ia adalah keutamaan saya buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai soal pemilihan parti.

“Selepas pilihan raya barulah saya tengok keadaan,’’ katanya yang merupakan seorang peguam sebelum menceburi bidang politik.

Azalina, bekas Ketua Puteri UMNO, dipilih sebagai Ahli Parlimen Pengerang dalam pilihan raya umum 2004. Selepas pilihan raya itu beliau terus dilantik menganggotai Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Wanita UMNO sekarang ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, 64.

Untuk rekod Umno bahagian Cheras memang bermusuh dengan Rafidah kerana Ketua Bahagiannya iaitu Syed Ali sejak dari dulu asyik 'berperang' dengan Ketua Wanita Bahagiannya yang juga merupakan Setiausaha Pergerakan Wanita Umno iaitu orang kepercayaan Rafidah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59