Thursday, 25 October 2007

PELAJAR HILANG, PEMUDA BUKIT KATIL RAYU PERTOLONGAN SEMUA ORANG


MELAKA: Dewan Pemuda PAS Bukit Katil merayu semua rakyat khususnya penduduk Melaka membantu keluarga Faridah Abd Rahman, 42, mencari anaknya yang dipercayai hilang secara misteri di sebuah tanah lapang sejak empat hari lalu.

Anak Faridah, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Malim (SMKM), Muhammad Arif Hamzah, 13, dari Taman Krubong Jaya, hilang selepas pulang dari kafe siber berhampiran rumahnya kira-kira jam 5.30 petang, Ahad lalu.

Anak kedua daripada empat beradik itu dipercayai melalui kawasan tanah lapang yang turut dipenuhi belukar bersebelahan Taman Krubong Indah sebagai laluan pintas pulang ke rumahnya. Jarak kawasan kafe siber dari rumahnya dianggarkan 1.6 kilometer.

Usaha mencari dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), polis, penduduk sekitar dijalankan dalam tempoh 24 jam sejak Ahad lalu di sekitar kawasan berkenaan, namun sehingga kini usaha mencarinya belum menemui petunjuk baru.

Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil mengharapkan semua ibubapa dan penjaga supaya sentiasa berwaspada terhadap keselamatan anak-anak mereka kerana sejak akhir-akhir ini pelbagai kejadian menyayat hati berlaku keatas kanak-kanak.

"Kita tidak mahu kejadian yang menimpa Nurin dan kanak-kanak lain sebelum ini berlaku lagi. Oleh itu semua ibubapa mesti berwaspada, jangan biarkan anak-anak mereka keluar bersendirian walaupun dekat dengan rumah" kata Ketua Penerangan DPPBK, Nazri Ariffin di sini pagi ini.

Nazri juga mengharapkan semua orang terutama penduduk Melaka, tampil membantu untuk mencari Muhammad Arif Hamzah yang hilang. Beliau juga turut mendoakan remaja itu ditemui semula dengan selamat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59