Tuesday, 9 October 2007

PASAR BORONG PENGUNDI HANTU


SPR pindah ribuan pengundi ke Parlimen Kit Siang

Jumlah pengundi di kawasan Parlimen Ipoh Timor - yang diwakili oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dari DAP - telah 'meningkat' secara mendadak sebanyak 8,463 orang, termasuk lebih 2,000 pengundi yang dipindahkan ke kawasan pilihanraya tersebut dan pertambahan undi pos.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, semakan dengan senarai pemilih bagi suku tahun kedua - dari 1 April hingga 30 Jun - mendedahkan tambahan pengundi tersebut.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau mempersoalkan:

1. Pemindahan kesemua 2,231 pengundi di pusat mengundi Pengkalan Pegoh dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat/Parlimen Gopeng ke DUN Pasir Pinji/Parlimen Ipoh Timor.

2. Pertambahan mendadak undi pos seramai 3,208 orang walaupun tidak dapat kem tentera atau balai polis baru; dan

3. Pertambahan luarbiasa pengundi baru atau mereka yang dipindahkan ke Ipoh Timor - angkanya ialah 3,024 pengundi baru, sedangkan kebiasaannya jumlahnya adalah kira-kira 400 bagi setiap suku tahun.

Beliau berkata, pertambahan itu boleh memberi kesan kepada penyandang kerusi tersebut, Lim Kit Siang, yang menganggapnya sebagai kerusi Parlimen 'selamat'.

“Peningkatan luar biasa jumlah pengundi ini mungkin bukan berlaku di situ sahaja, kerana perangkaan bagi suku tahun ketiga, dari 1 Julai dan 30 September belum dikeluarkan lagi," katanya.

Penjelasan Rashid

“Jika jumlah pertambahan itu sama dengan suku tahun kedua, maka Kit Siang atau mana-mana calon DAP yang bertanding di Ipoh Timor berdepan dengan kemungkinan akan kalah [...] melalui pengundi 'hantu' yang dipindahkan ke situ oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Dalam pilihanraya umum 2004, Kit Siang menewaskan calon MCA, Thong Fah Chong dengan majoriti 9,774 undi.


Mengikut kenyataan itu lagi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman telah menjelaskan bahawa pemindahan pengundi dari Sungai Rapat ke Pasir Pinji adalah untuk memperbetulkan apa yang tidak dibuat dalam pilihanraya umum lalu, dan suruhanjaya itu mempunyai kuasa undang-undang untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, DAP tidak puas hati kerana ia dilakukan tanpa pengetahuan pengundi dan wakil rakyat di kawasan terbabit.

“Dalam satu mesyuarat semalam, Tan Sri Rashid (foto) mengakui bahawa pengarah SPR Perak salah untuk memindahkan pengundi tersebut secara rahsia dan bersembunyi tanpa memaklumkannya kepada ahlli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)," kata Guan Eng.

“Untuk mengatakan ianya mengikut undang-undang jelas bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa setiap persempadanan semula (kawasan pilihanraya) yang membabitkan pertukaran pusat mengundi, mesti diluluskan dengan meminda undang-undang dan oleh Parlimen dan dewan undangan negeri," tambahnya.

Lim berkata, DAP akan menungggu lawatan Rashid untuk menyiasat sendiri perkara itu selepas perayaan Hari Raya Puasa.

“Jika tiada penjelasan memuaskan diberikan, maka DAP akan terus membangkitkan perkara tersebut kerana kami tidak akan membenarkan pengundi Ipoh Timur dipinggirkan," tambahnya.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59