Tuesday, 23 October 2007

PAS TETAP DITERIMA RAKYAT KELANTAN - TOK GURU NIK AZIZ


Kota Baharu : PAS, dalam menghadapi pilihan raya umum ke-12 nanti, yakin perjuangan Islam mengikut acuannya masih diterima oleh rakyat Kelantan berbanding perjuangan Umno yang berlandaskan pembangunan.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS mempunyai keyakinan dan kekuatan dalam memperjuangkan Islam untuk meraih kepercayaan rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu.

"Kita yakin Islam menjadi pilihan, kerana kita boleh beri dunia dan akhirat. Untuk ke syurga hanya itu sahaja caranya," katanya ketika ditemui di Wisma Darul Naim di sini baru-baru ini.

Tok Guru yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana keyakinan rakyat terhadap parti itu dan apakah kekuatan PAS dalam menghadapi pilihan raya umum yang kian hampir.

Namun anggapan ramai pemimpin Umno bahawa PAS kini semakin tersepit dalam percaturan politik negeri sementara sokongan bagi Barisan Nasional, Umno khasnya, juga semakin meningkat hasil pelbagai usaha yang diambil oleh parti itu untuk bertapak dengan teguh ADALAH MELESET.

Bukan susah lawan Umno

"Umno ni bukan susah sangat lawan dia, pakai hujah sahaja kerana Umno sendiri tahu, semangat kebangsaan ni orang Melayu tak boleh terima kerana Umno tunjuk dunia sahaja, dunia pun tak selamat. Sebab tu mereka guna kekerasan, pujukan dan wang," katanya.

Mungkin rakyat akan fikir sendiri dan balik kepada Islam. Sebab itu, senjata kami PAS hanya beri kesedaran," katanya.

Katanya, keyakinan beliau juga berdasarkan kepada hakikat perjuangan PAS kini semakin diterima oleh bukan Islam juga.

Beliau mendakwa kebelakangan ini, sudah banyak kelab penyokong PAS ditubuhkan kaum Cina dan India malah ada yang berminat untuk masuk menjadi anggota parti itu.

"Ini semua kerana kekuatan Islam itu sendiri yang mampu tarik orang luar. Mereka nak masuk PAS, kita tak bagi sebab bukan Islam, tetapi mereka sendiri yang buat kelab sokong kami.

"Saya dengar sudah banyak kelab penyokong yang ditubuhkan termasuk di negeri lain. Pendirian parti, kita tak halang mereka sokong kita. Kita terima," katanya.

Ditanya mengenai keyakinan pengerusi Badan Perhubungan Umno Datuk Seri Annuar Musa dalam merampas kembali Kelantan setelah 17 tahun dikuasai PAS, Tok Guru beranggapan hasrat Umno Kelantan itu masih jauh untuk dicapai.

"Macam biasa, kita kenal dia, dia pun kenal kita, apa yang dia buat tak beri kesan. Tapi nampak jauh sangat untuk Annuar rampas Kelantan," katanya.

Tetapi betulkah andaian Tok Guru itu memandangkan BN juga telah menabur banyak jasa khasnya daripada segi membangunkan negeri ini? Yang pasti BN tidak akan memberikan laluan mudah kepada PAS.

DIOLAH DARI BERITA BERNAMA

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59