Thursday, 4 October 2007

PAS Pahang memboikot Siasatan awam dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


TEMERLOH : PAS Pahang mengambil tindakan memboikot Siasatan awam dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Chenor, hari ini 2 Oktober 2007 kerana membantah ketidakadilan badan itu dalam mengendalikan siasatan berkenaan kelmarin.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Pahang, Zulkifli Tan berkata, pihaknya tidak berpuasa hati dengan cara pengedalian siasatan awam SPR apabila menolak bantahan PAS terhadap beberapa nama didalam daftar pemilih tanpa kehadiran individu yang dibantah.

“Kita telah kemukakan bukti prima facie terhadap individu yang dibantah tetapi SPR menolaknya tanpa mendengar alasan daripada individu yang dibahtah.

“Sepatutnya SPR tidak membuat keputusan sendiri tanpa mendengar hujah daripada individu yang dibantah terlebih dahulu,” katanya.

Mengulas isu berkaitan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, adalah tidak adil kepada PAS, jika SPR yang bertindak sebagai hakim membuat keputusan yang menyebelahi orang yang dibantah tanpa mendengar hujah mereka terlebih dahulu.

Katanya dalam kes Dun Chenor ini, SPR menolak bantahan PAS sekali pun individu yang dibantah itu gagal hadir berhujah dan PAS telah mengemukakan bukti prima facie.

Berdasarkan Peraturan-peraturan Pilihan raya (Pendaftaran pemilih) fasal 17 (7) menyebut Jika bukti prima Facie sedemikian diberi semasa ketiadaan orang yang mengenainya batahan itu dibuat, maka adalah sah bagi Pendaftar untuk mengeluarkan nama orang itu daripada, atau enggan memasukkan nama orang itu kedalam , daftar pemilih tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Sidang Online

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59