Tuesday, 30 October 2007

PAC gesa kerajaan juga tumpu pada "jerung". Bapak 'jerung' juga jangan dilupakan



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini menggesa kerajaan supaya tidak hanya mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai berpangkat rendah yang didapati bersalah dalam kes-kes yang diketengahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2006 baru-baru ini, tapi juga terhadap mereka yang berkedudukan tinggi yang memiliki kuasa dalam membuat keputusan.

Pengerusinya Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pada masa ini, antara mereka yang didakwa ialah dari kalangan mereka yang terbabit menerima penghantaran peralatan dan sistem sahaja.

"Kami tidak puas hati dengan apa yang sedang berlaku. Kami mahukan supaya pembuat keputusan serta pegawai berpangkat tinggi, turut didakwa," katanya kepada pemberita semasa menghadiri mesyuarat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini semalam.

Beliau berkata mereka yang didakwa pada masa ini tidak mempunyai banyak kuasa dalam penetapan keputusan berhubung pembekalan barang, mahupun dalam berurusan dengan pembekal.


Menurutnya selain tindakan terhadap kakitangan awam kerajaan yang terbabit, PAC juga mahukan supaya syarikatsyarikat yang terbabit dalam isu itu turut disenaraihitamkan.

"Saya sudah minta supaya syarikat-syarikat yang sengaja menaikkan harga barang-barang yang dipesan itu, disenaraihitamkan oleh Kementerian Kewangan.

"Saya rasa kita boleh boleh korbankan sehingga 11 syarikat sekiranya terbukti wujudnya salah laku dalam urusannya dengan kerajaan.

"Jika tidak, syarikat-syarikat pembekal ini tidak akan merasa takut dengan kerajaan," tambahnya.

Sementara itu Shahrir berkata pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini antara lain tertumpu kepada taklimat mengenai laporan kajian impak terhadap pemberian subsidi baja di bawah Skim Bantuan Baja Padi (SBBP) yang dilakukan oleh kementerian berkenaan.

Kajian itu antara lain akan melihat soal kedudukan sara diri yang cukup seperti yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-9, iaitu mencapai 90 peratus sara diri menjelang 2010.

Katanya kajian yang dilakukan bukan sahaja melihat kepada kesan daripada subsidi baja tetapi juga meliputi kekesanan komponen input lain yang turut menyumbang kepada peningkatan hasil tanaman atau produktiviti tanaman padi dalam negara.

Beliau berkata walaupun setiap tahun hasil keluaran tanaman padi negara menunjukkan peningkatan, namun ia masih berada di bawah paras hasil keluaran negara jiran seperti Thailand.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil juga menggesa BPR tidak lupa kepada bapak-bapak jerung iaitu menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada kementerian yang terbabit. Jangan nanti anak bilis dan jerung-jerung sahaja disiasat dan didakwa tetapi bapak dan mak segala jerung-jerung dibiarkan lepas bebas di 'lautan' lepas.

Kita khuatir nanti lebih banyak mangsa akan di'ngap' oleh bapak-bapak dan mak-mak jerung ini. Dan jangan pula kita lupa kepada IKAN PAUS iaitu Imam Al Hadhari yang berkuasa sekarang. IKAN PAUS ini juga patutnya disiasat kerana membiarkan bapak-bapak dan mak-mak jerung bermaharajalela di 'lautan' lepas tanpa pemantauan.

ATAU IKAN PAUS juga terpalit sama????? Dato' Shahrir kena siasat juga IKAN PAUS ini, jangan biarkan ia terlepas

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59