Monday, 8 October 2007

OPS SIKAP : HARI PERTAMA DAH PECAH REKOD


Apa nak jadi dengan negara kita ini, sudahlah masalah keselamatan dan jenayah semakin parah. Baru semalam hari pertama ops sikap dilancarkan ianya telah memecahkan rekod tahun lepas apabila 20 orang maut di pusara jalanraya.
Apa yang kena ni?

Jumlah kematian itu meningkat berbanding 18 kematian pada hari pertama Ops Sikap 11 semasa perayaan Aidilfitri tahun lalu.

Bagaimanapun, kata Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC II Hamza Taib, 936 kemalangan jalanraya yang dicatat semalam berkurangan 106 kes berbanding 1,042 kemalangan pada hari pertama Ops Sikap 11 semasa perayaan Aidilfitri tahun lalu.

Manakala 15 kemalangan maut dicatatkan semalam, berbanding 16 kes yang dilaporkan pada hari pertama tahun lalu, katanya kepada Bernama hari ini.

Hamza berkata, perbandingan operasi kali ini dibuat dengan Ops Sikap 11 kerana ia dilancarkan sempena perayaan yang sama iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala Ops Sikap 12 dilancarkan sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pada hari pertama Ops Sikap 12, seramai 25 orang terkorban dalam 921 kemalangan jalanraya yang dicatatkan di seluruh negara.

Menurutnya, mangsa korban teramai semalam adalah penunggang motosikal (tujuh), diikuti empat penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV), pejalan kaki (tiga), penumpang kereta (dua), pemandu kereta (dua), pemandu kenderaan lain (satu) dan pemandu MPV (satu).

"Jalan Persekutuan merekodkan jumlah kemalangan maut tertinggi dengan enam kes diikuti jalan Negeri (empat), jalan Bandaran (tiga) dan lebuhraya (dua)," katanya.

Sementara itu, jalan Bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi dengan 415 diikuti jalan Persekutuan (248), jalan Negeri (151), lebuhraya (86) dan jalan-jalan lain (36).

Moga-moga hari-hari yang mendatang memberikan sinar kepada pengguna jalanraya. Mari kita sama-sama berdoa supaya sentiasa memberikan limpah dan rahmat kepada kita semua. Doakan kesejahteraan dan keselamatan kita semua terutama pengguna jalnraya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59