Wednesday, 24 October 2007

MELAKA NEGERI MAJU : SASARAN ALI RUSTAM INDAH KHABAR DARI RUPA


AYER KEROH : Semalam Ketua Menteri Ali Rustam berkata bahawa lima rumusan menjadi agenda utama dalam usaha memastikan negeri Melaka Maju menjelang 2010. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutupan Konvensyen Melayu Melaka Maju 2010 bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dekat sini, petang semalam.

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil ingin menjawab dan membalas apa yang diperkatakan oleh Ali Rustam.

Rumusan pertama : Kerajaan negeri melakar sejarah apabila berjaya menandatandatangani 16 surat Perjanjian dan Memorandum Persefahaman (MoU) berjumlah RM717.54 juta pelaburan membabitkan agensi-agensi berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun, swasta dan orang perseorangan.

DPPBK : Apakah yang Orang Melayu dapat dari pelaburan ini. Sebahagian besar syarikat di punyai oleh orang luar dan bukan bumiputera. Orang Melayu hanya menjadi jaga dan operator pengeluaran atau pekerja bawahan sahaja. Dengan kata lain Orang Melayu hanya menjadi KULI di tanahair sendiri. Vendor-vendor kepada syarikat-syarikat ini juga dikuasai oleh bukan bumiputera. JADI APA YANG BOLEH ORANG MELAYU BANGGAKAN.

Rumusan kedua : Kerajaan negeri mensasarkan sebanyak 1,333 rumah kedai mampu dimiliki golongan bumiputera dalam tempoh tiga tahun 2007,2008 dan 2009 bagi mencapai 40 peratus menjelang 2010.Hanya 410 buah rumah kedai mampu dimiliki oleh golongan bumiputera pada hari ini iaitu hanya mencapai 10 peratus.

DPPBK : Apakah Orang Melayu mampu untuk memiliki rumah-rumah kedai rata-rata harganya RM200,000 keatas. Jangankan RM200,000, RM100,000 ribu belum tentu mampu dimiliki oleh bumiputera. Hanya kroni-kroni Umno dan Ali Rustam sahaja yang mampu.

Rumusan ketiga : Negeri Melaka memerlukan seramai 1,001 doktor perubatan, arkitek, doktor veterinar dan golongan profesional yang lain untuk berkhidmat atau menetap di negeri ini menjelang 2010.

DPPBK : Apakah tindakan kerajaan Melaka dalam menangani gejala sosial, maksiat, dadah, budaya hedonisme, ponteng sekolah dan lain-lain penyakit remaja sekarang? Apa yang kita lihat Kerajaan Melaka lebih suka menggalakkan remaja berseronok dan membuat maksiat seperti menjalankan pertandingan karaoke 24 jam dan lain-lain. Tempat-tempat maksiat tidak ditutup dan digalakkan beroperasi. Selagi semua program maksiat dan tempat maksiat ini tidak ditutup maka hasrat untuk melahirkan seramai mungkin modal insan yang baik seperti melahirkan golongan professional ini sukar dicapai. Kita bimbang nanti 1,001 orang golongan professional itu datang dari luar Melaka dan lebih parah lagi ianya adalah dikalangan bangsa asing.

Rumusan keempat : Badan Perhubungan UMNO negeri memutuskan 70 peratus golongan bumiputera di negeri ini yang mengundi telah menjadi ahli UMNO. Sehingga kini, seramai 4500 orang masih belum mendaftar dimana daripada jumlah keseluruhan itu seramai 2603 orang tidak dapat dikesan.

DPPBK : Hasrat Umno untuk mendapatkan 70 peratus pengundi berdaftar menjadi ahli Umno memang akan tercapai sebab, ramai dikalangan mereka tidak tahu bahawa mereka menjadi ahli Umno. Ahli Keluarga atau juak-juak Umno lah yang mendaftarkan mereka dan membayar yuran keahlian.

Rumusan kelima : Mengimbangkan pencapaian dunia dan akhirat berlandaskan 10 prinsip-prinsip Islam Hadhari yang telah diberi penekanan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

DPPBK : Prinsip Islam Hadhari itu sendiri jauh menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Perkara-perkara asas dalam Islam pun tak ditunaikan. Antaranya AMAR MAKHRUF NAHI MUNGKAR tidak berlaku. Judi, arak, pelacuran, tempat maksiat, riba dan disebagaikan tidak diHARAMkan. Rasuah dibiarkan, jenayah semakin teruk, rakyat tidak merdeka dan terkonkong dan seribu satu masalah lagi yang jelas bertentangan dengan Islam HADHARI PALSU itu sendiri.Pengamalan Islam di kalangan pemimpin Umno pun kita lihat jauh menyimpang dari ajaran asas Islam antaranya AURAT tidak ditutup, berJABAT tangan dengan bukan muhrim. Itu baru perkara kecil tidak disentuh bab-bab yang lebih luas dan besar.

Sofi Wahab
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59