Tuesday, 2 October 2007

MELAKA BERHUTANG RM1.05 BILION



Kerajaan Negeri Melaka berhutang RM1.05 bilion kepada Kerajaan Pusat mengikut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2006. Hutang ini lebih tinggi dari hutang 2005 iaitu RM1.03 bilion.

Adalah jelas bahawa Kerajaan Negeri gagal membayar hutang Kerajaan Pusat kerana sikap boros pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Ali Rustam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Nazri Ariffin berkata, hutang yang sebanyak ini mencerminkan bahawa keadaan kewangan kerajaan adalah parah, mungkin kalau tidak ada bantuan kerajaan pusat, Melaka akan bangkrap.

"Ali Rustam hanya pandai membelanjakan wang rakyat tetapi tidak tahu untuk membayar hutang, sehingga hutang negeri meningkat dari tahun ke tahun".

"Kalau Ali Rustam perintah Melaka, 5 tahun lagi sudah kerajaan Melaka akan muflis, nasib baik ada kerajaan Pusat, kalau tidak Ali Rustam pun tak ada gaji", sindir Nazri yang juga merupakan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil.

Nazri juga mempertikaikan bagaimana Melaka boleh menjadi maju tahun 2010 kalau keadaan kewangan yang semakin meruncing.

"Hutang keliling pinggang ada nafsu nak jadi negeri maju, bayar hutang dulu baru cerita maju ke mundur ke" tambah Nazri.

Laporan Ketua Audit Negara 2006 yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan bahawa pinjaman terbesar dari Kerajaan Pusat ialah melibatkan Rancangan Bekalan Air RM770.28 juta;Pelbagai - RM139.64 juta;Perumahan Awam Kos Rendah - RM105.09;Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) - RM39.84 juta.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59