Wednesday, 24 October 2007

KENALI PEMIMPIN : HAJJAH KINTAN MAN - SETIAUSAHA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI MELAKA 2007/2009



Muslimat “Besi” , tidak kenal erti kalah

Hajjah Kintan binti Man , dilahirkan di kampong Serkam , Jasin Melaka anak bongsu daripada tiga adik beradik merupakan anak jati Melaka . Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan disiplin dalam kehidupan . Sejak kecil lagi beliau telah dididik dengan cara hidup Islam .
Dalam mengharungi kegetiran hidup sebagai ibu tunggal yang terpaksa mengasuh , mendidik , bertindak sebagai “ayah” kepada anak-anak kini beliau boleh berbangga dengan pencapaian anak-anaknya kini dan bukan itu sahaja kini beliau bergiat aktif dan berkhidmat sepenuh masa dalam politik. Ikuti temubual Sofi Wahab bersama Muslimat “Besi” ini.

PROFAIL

Nama : Hajjah Kintan binti Man
Umur : 48 Tahun
Tempat lahir : Kampung Serkam , Jasin Melaka
Nama Suami : Allahyarham Zulkifly bin Mohd Shah
Bilangan anak : (5 Orang)
1. Mohd.Syazman 25 tahun ( Jurutera Texas Instrumens) ,
2. Siti Naziha 23 tahun (Bio-Medic. UKM) ,
3. Siti Fariza 21 tahun (Information & Communication Enggineering. German) 4. Siti Hafiza 19 tahun (Universiti Sumatera Utara. Perubatan)
5. Siti Zubaidah 17 tahun (Tingkatan 5 SMKBKTKatil).

Alamat Tempat Tinggal : Taman Bukit Katil , Bukit Katil Melaka.
E-mail : akulernie_et@yahoo.com
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Serkam(tahun1-6 , Penolong Pengawas) , Sekolah Menengah Dang Anum Merlimau (Form1-5, /SU pengawas Sekolah, Ketua Pengawas Perempuan, Troop Leader Girl Scout) , High School Melaka (Form 6, Exco Persatuan Bahasa Melayu) ,
Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang Sains Pendidikan.

Hobi : Membaca dan Berfikir dengan Alam
Mentor : Nabi Muhammad SAW
Kerjaya : Ahli Politik sepenuh masa
Pengalaman : Aktivis persatuan anak-anak Melayu University Queensland Australia,
Ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat,
Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka,
Aktivis Masyarakat, aktif membantu NGO seperti Nisa’ dan lain-lain.

Apa Pandangan Hajjah mengenai permasalahan anak-anak zaman kini?

Kintan: Saya melihat permasalahan kini lebih merujuk kepada kegagalan pemerintah dalam menyediakan intrumen pendidikan berasaskan pembinaan rohani Islam yang syumul dan kegagalan kerajaan mengawal instrument hiburan yang keterlaluan.

Bagaimana Hajjah membentuk anak-anak?

Kintan: Saya akan memastikan semuanya aktiviti bersama keluarga diteruskan sungguhpun Allahyarham Suami sudah 10 tahun tidak bersama. Pertama setiap hujung minggu saya akan pastikan kami semua ahli keluarga dapat beriadhah atau berkelah bersama-sama bagi mengeratkan silaturrahim , saya akan berusaha untuk beri masa sekurang-kurangnya 1-2jam untuyk bersama anak-anak bagi mentelaah pelajaran mereka dan apa yang penting beri perhatian terhadap pembinaan akhlak yang berasaskan Islam.

Dalam kesibukan menguruskan rumahtangga dengan bertindak sebagai “Ayah” dan juga Ibu dalam masa yang sama Hajjah nampaknya sibuk dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, Bagaimana Hajjah melaluinya?

Jawapan: Pertama saya melihat tanggungjawab saya dalam aktiviti masyarakat khususnya dalam sebuah gerakan Islam adalah ianya bukan satu pilihan kerana ia telah terkandung dalam Al-Quran manusia dilahirkan sebagai Khalifah dan tangungjawab itu dipikul tanpa melihat status ia lelaki atau wanita jika ianya satu pilihan maka sudah tentu saya memilih untuk meneruskan kerjaya sebagai ahli perniagaan sepenuh masa. Mengenai bagaimana saya dapat mengurus atur masa itu adalah hasil daripada kesefahaman dan tanggungjawab yang telah disemai sejak dikalangan anak-anak sejak dari kecil lagi dan factor lain anak-anak saya kini sudah besar.


Bila Hajjah mula berkecimpung dalam politik?

Kintan: Saya mula berkecimpung dalam dunia politik sejak tahun 1997 ketika mana saya melihat kebangkitan rakyat dalam politik begitu membara.


Apa yang mendorong Hajjah untuk berkecimpung dalam politik?

Kintan: Saya terdorong daripada kesan didikan Islam dalam keluarga yang begitu mendalam dan juga minat serta kefahaman yang berasaskan tuntutan Al-Quran.


Selain Politik , apa minat Hajjah ?

Kintan: Saya meminati politik bukan kerana ia politik tetapi ia merupakan satu tanggungjawab kontrak sosial sepertimana yang telah saya katakan tadi ia merupakan amanah dari ‘Pencipta’, jadi minat saya dalam mengisi masa lapang saya suka membaca bagi menambah ilmu yang sentiasa berkurangan dan apa yang selalu saya buat ialah suka bertadabur atau berfikir dengan alam dengannya saya dapat menilai kembali kehebatan Maha Pencipta .

Dimana Hajjah sering menghabiskan masa ?

Kintan: Sebagai pimpinan saya sering habiskan masa di negeri Melaka khusus di DUN Bukit Baru untuk memberi khidmat kepada rakyat disekitarnya sungguhpun begitu sebagai anak yang masih lagi mempunyai kedua orang tua yang tinggal di Serkam maka saya sering berulang-alik dari rumah saya di Taman Bukit Katil ke Serkam.

Apakah Cita-cita Hajjah?

Kintan: Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang Ibu yang berilmu dan seorang rakyat yang prihatin dan sanggup memperjuangkan hak-hak rakyat yang tidak terbela dengan seadanya.

Siapakah Mentor Hajjah dalam membina karier politik sekaligus sebuah keluarga?

Kintan: Sebagai seorang muslim sudah tentu Baginda Rasulllulah SAW adalah mentor saya yang terbaik sepanjang hayat, walaubagaimanapun di alaf baru ini khususnya scenario politik di Malaysia tidak lain tidak bukan sudah Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat.

Matlamat Hajjah dalam hidup dan politik ?

Kintan: Dalam hidup saya sedaya upaya nak capai kehidupan yang cintakan Al-Quran melalui Izzah (Kemulian) taqwa ibu-bapa dan menjadikan anak-anak seorang manusia yang bertaqwa dan kenal erti kehidupan manakala dalam politik berusaha untuk menyedarkan manusia serta memenangi hati-hati mereka melalui kehebatan Islam dan memimpin masyarakat mengikut acuan Islam yang sebenar.

Ada ura-ura mengatakan Hajjah akan bertanding di salah sebuah Dewan Undangan Negeri Melaka sebagai calon muslimat pertama PAS Melaka, betul ke?

Kintan: Sebagai seorang anggota jemaah, saya akur dengan arahan dan kehendak parti lebih-lebih lagi Parti Islam seperti PAS. Arahan pimpinan mesti ditaati selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam.

Maknanya Hajjah bersetuju?

Kintan : Insya Allah, kalau itu arahan pimpinan dan parti.

Baik , apakah kata-kata akhir Hajjah untuk renungan pembaca

Kintan: Rakyat telah disogok dan terlalu dizahirkan dengan kecukupan hidup yang melampau sehingga tidak dapat memperdulikan keadaan sekeliling walaupun dalam keadaan tekanan hidup dengan bebanan taraf hidup semakin tinggi ini semua kesan daripada sikap dan tindakkan Kerajaan yang tidak menjadikan Agama sebagai panduan.
Justeru itu rakyat mesti disedarkan melalui usaha dan kerja keras daripada semua jentera parti untuk menyatakan sikap kita yang benar-benar serius untuk membawa perubahan dalam pemerintahan sekaligus dalam kehidupan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59