Sunday, 7 October 2007

JAWAPAN BANGANG PENGERUSI SPR TERHADAP CADANGAN PEMBANGKANG


KUALA LUMPUR – Langkah untuk mewajibkan rakyat negara ini mendaftar sebagai pengundi tidak boleh dilaksanakan kerana amalan itu melanggar hak asasi dan sukar untuk dilaksanakan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, adalah lebih baik jika parti-parti politik melakukan inisiatif bagi menggalakkan mereka untuk mendaftar.

Begitulah jawapan bangang Rashid yang seolah-olah berada di zaman batu. Bukankah kerajaan berkuasa untuk mewajibkan rakyat mendaftar atau pendaftaran boleh dibuat secara automatik. Apa yang susah sangat kerana sekarang zaman canggih semua boleh dibuat dengan hujung jari (komputer).

“Jika kita mewajibkan semua orang mendaftar sebagai pengundi, ini akan menjurus pula kepada mewajibkan pengundian.

“Jumlah mereka yang tidak keluar mengundi juga adalah ramai. Bagaimana kita nak mendakwa mereka semua,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Tadarus al Quran kawasan Parlimen Lembah Pantai di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kewajaran langkah mewajibkan orang ramai mendaftar sebagai mengundi sempena pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59