Monday, 1 October 2007

ISU BABI: MESYUARAT PEMANTAU DIBATALKAN KERANA MCA TIDAK HADIR


Melaka : Wakil MCA dalam Jawatankuasa Pemantau Mengurangkan Babi tidak hadir mesyuarat jawatankuasa tersebut Khamis lalu menyebabkan ianya terpaksa di batalkan.
Tindakan MCA itu jelas menunjukkan bahawa MCA sebenarnya tidak setuju dengan tindakan jawatankuasa tersebut yang dikatakan bertindak dengan rakus untuk menutup dan menghapuskan sebahagian babi di kawasan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Kuala Linggi (ADUN) Abdul Rahman Palit ternyata kecewa dengan ketidakhadiran mereka.
"Malangnya mereka tidak memberitahu mengapa mereka tidak dapat datang sedangkan kami telah menunggu lama," katanya.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh berkata ternyata pihak Umno dan MCA bercanggah dalam isu ini. Umno cuba bermain politik dengan Orang Melayu dengan menunjukkan mereka tidak bersetuju dengan kewujudan ladang babi tersebut. Manakala MCA terpaksa membela penternak-penternak babi kerana takut kehilangan undi dalam pilihanraya nanti.
"Adalah jelas bahawa Umno dan MCA bermain politik dalam isu ini, masing-masing ingin menunjukkan merekalah hero kepada Orang Melayu dan Cina. Akhirnya Orang Melayu dan penternak babi tersept."
"Mengapa baru sekarang Umno beriya-iya hendak tutup ladang babi, 50 tahun dulu hidung mereka tersumbat ke, MCA pula mengapa sebelum ini mereka tidak nasihatkan penternak babi supaya mematuhi semua arahan dan undang-undang" tegas Khirul.
Sementara itu Jabatan Veterinar Melaka telah mengarahkan lapan ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka ditutup kerana penternaknya gagal mematuhi aspek kebersihan yang ditetapkan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Abdul Rahman Palit, pegawai Jabatan Veterinar negeri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.
"Lapan ladang terbabit, yang menternak kira-kira 8,000 ekor babi, terlalu kotor untuk membolehkan mereka terus beroperasi," kata Abdul Rahman yang juga timbalan pengerusi pemantau mengurangkan ternakan babi di daerah berkenaan.
Beliau diminta mengulas tindakan jabatan berkenaan menghantar notis kepada penternak terbabit supaya menutup ladang ternakan mereka dalam tempoh tujuh hari, berkuatkuasa hari ini.
Tindakan tersebut dikatakan telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan penternak kerana sebelum ini kerajaan negeri bersetuju membenarkan ternakan babi di di Paya Mengkuang diteruskan, tetapi jumlah keseluruhannya tidak boleh melebihi 48,000 ekor.
Manakala kesemula 25 ladang ternakan babi di luar kawasan Paya Mengkuang - di Mak Lok dan Londang - akan ditutup dan para penternak terbabit akan dibayar pampasan.

Salah seorang penternak, Lin Oh Pah, 46, berkata penternak akan tetap mempertahankan hak mereka dari diceroboh dan dihapuskan. Tetapi beliau berkata kemungkinan besar penternak akan berfikir dua kali jika mereka dibayar pampasan dan di beri kawasan baru untuk di jadikan kawasan penternakan mereka.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya juga kecewa kerana penternak sengaja melengahkan pengurangan tersebut.
Sehingga Jumaat lalu, katanya, penternak melaporkan kira-kira 31,000 ekor babi atau 30.2 peratus telah dipindahkan dari ladang masing-masing sedangkan kerajaan menjangka ia sudah mencapai lebih 60,000 ekor.
Tetapi menurutnya, angka itu meragukan kerana sering berlaku percanggahan antara angka yang diberikan oleh penternak, dengan angka Jabatan Veterinar.
Para penternak terbabit diberi tempoh hingga 4 Oktober depan bagi mengurangkan jumlah babi dari kira-kira 120,000 kepada 48,000 ekor.
Beliau berkata, penternak sengaja memberi pelbagai alasan seperti kemampuan pusat penyembelihan terhad sedangkan mereka dibenarkan beroperasi 24 jam sehari.
"Mereka juga datang merayu untuk melanjutkan tempoh memindahkan babi tetapi kita menolaknya kerana masa yang diberi sudah cukup," katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59