Tuesday, 2 October 2007

Empat suspek pembunuhan Nurin dibebaskan


Kuala Lumpur : Nampaknya kes pembunuhan Nurin masih belum dapat diselesaikan Polis apabila empat lelaki yang ditahan polis Khamis lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam ke atas Nurin Jazlin Jazimin dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Jurucakap polis berkata keempat-empat suspek dibebaskan pada jam 4.56 petang tadi kerana pihak polis tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa mereka.

Malah, menurut laporan Bernama, ujian DNA yang dibuat keatas mereka berempat tidak sepadan dengan DNA yang ada pada mayat Nurin, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Keempat-empat lelaki, yang berumur antara 27 dan 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Seksyen 7, Shah Alam berhubung kes pembunuhan Nurin Jazlin.

Seorang wanita yang turut ditahan bersama mereka telah dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Seorang wanita warga Indonesia turut ditahan di Pasar Ramadan di Nilai, Negeri Sembilan pada tengah malam Jumaat lalu untuk membantu polis dalam siasatan kes pembunuhan itu.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos lalu setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya.

Pada 17 September, mayatnya ditemui dalam satu beg yang ditinggalkan di sebuah kedai di Petaling Jaya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59