Tuesday, 30 October 2007

DATO ' BANDAR MBMB CAKAP TAK SERUPA BIKIN


AYER KEROH, : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) menyambut baik hasrat dan cita-cita Dato' Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah agar semua anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tersebut mempunyai pemikiran yang berdaya maju dan kreatif dalam usaha membantu Melaka menjadi negeri maju menjelang 2010.

"Kami memang berharap anggota MBMB termasuk Dato' Bandar sendiri mempunyai pemikiran yang sedemikian dan pemikiran yang matang terutama apabila melibatkan layanan kepada parti pembangkang dalam hal-hal berkaitan lesen premis, pembinaan surau, pejabat parti, penampalan poster dan lain-lain".

"Sebelum ini kami dilayan dengan buruk sekali dalam kes melibatkan saman PASTI, poster program kami dikoyakkan, bendera PAS dicuri dan sebagainya" kata Setiausaha DPPBK, Jasry Jabar.

Menurut Jasry, kes melibatkan PASTI antaranya PASTI Jaya Insan, Bukit Katil yang disaman oleh MBMB masih belum selesai. Begitu juga poster ceramah kami seringkali dikoyak apabila di tampal di pokok-pokok.

Begitu juga dengan isu tandas Markas PAS Paya Dalam yang diarahkan oleh MBMB supaya dirobohkan dengan pelbagai alasan.

"Pegawai-pegawai MBMB langsung tidak ada budibicara, macam Yahudi" tegas Jasry.

Dalam hal berkaitan Datuk Bandar MBMB, Datuk Zaini Md. Nor berkata semalam, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) semua anggota MBMB perlu sentiasa memiliki pemikiran yang cemerlang.

Katanya, pemikiran cemerlang akan mendorong kepada peningkatan mutu kerja sekaligus dapat memberi impak positif khususnya masyarakat setempat terdiri daripada para pelanggannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Pagi Perdana MBMB sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Kejuruteraan MBMB di Dewan Taming Sari MBMB di sini, pagi tadi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59