Monday, 29 October 2007

DAH 20 TAHUN BANJIR KILAT MASIH GAGAL DI ATASI. PENDUDUK BOSAN DENGAN JANJI PEMIMPIN


MELAKA: Sistem empangan baru yang diperkenalkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menangani masalah banjir kilat di Kampung Limbongan, dekat sini yang siap dibina Julai lalu masih gagal mengatasi masalah berkenaan.

Ini berikutan kira-kira 100 rumah penduduk yang terletak berhampiran dan di sepanjang longkang besar di kampung berkenaan masih dinaiki air setiap kali hujan lebat.

Seorang penduduk, Zaide Abd Rahman, 49, berkata masalah banjir kilat di kampung berkenaan dikenal pasti akibat sistem saliran longkang besar di kampung itu yang tidak sempurna.

Katanya, harapan penduduk di kampung berkenaan supaya tidak lagi dibelenggu masalah itu masih tidak berkesudahan meskipun JPS membina sistem empangan baru di hujung longkang besar terbabit yang menghala ke laut dan menggunakan teknologi Jepun.

"Pada awalnya kami lega sebaik mendapati JPS membina empangan baru di kawasan itu bagi menahan air laut memasuki saliran longkang besar di kampung ini apabila air pasang.

"Bagaimanapun, sejak empangan baru itu siap, kami masih berdepan masalah banjir kilat dengan kejadian terbaru beberapa hari lalu akibat hujan lebat.

"Kami sudah jemu kerana terpaksa membersihkan lantai rumah yang dimasuki air kumbahan dari longkang berkenaan selain menanggung kerugian akibat perkakas rumah rosak," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Ustaz Khairul Che Salleh ketika dihubungi pagi ini menyatakan kehairanan beliau mengapa empangan yang siap dibina Julai lalu gagal mengatasi masalah banjir kilat di kampung tersebut.

"Begitu banyak wang rakyat digunakan untuk membina empangan ini tetapi ianya gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang banjir".

"Apakah pihak berwajib tidak menjalankan kajian terperinci sebelum membina empangan tersebut atau ianya dibuat tergesa-gesa sehingga akhirnya projek ini gagal" jelas Khairul.

Beliau menggesa BPR menyiasat pembinaan projek ini kerana khuatir adanya penyelewengan dan unsur rasuah dalam projek ini sehingga ianya gagal membantu penduduk mengatasi masalah banjir kilat.

Difahamkan masalah banjir kilat di kampung tersebut telah berlarutan sejak 20 tahun lalu. Sehingga kini ianya gagal diatasi oleh Kerajaan Negeri dan agensi-agensinya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59