Friday, 12 October 2007

BUKAN HANYA PEGAWAI, MENTERI JUGA MESTI DIAMBIL TINDAKAN


Kuala Lumpur : Para pegawai kerajaan yang terbabit dalam salah urus dana awam seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006 akan dikenakan tindakan termasuk dihadapkan ke mahkamah, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Menurut beliau, hukuman dalam bentuk tindakan tatatertib bukan sahaja akan diambil oleh jabatan tempat mereka bekerja tetapi juga bakal disusuli dengan penyiasatan dan pendakwaan jabatan-jabatan lain yang berkaitan.

Katanya, Badan Pencegah Rasuah (BPR), misalnya, telah memulakan siasatan dan akan bertindak jika terdapat bukti penglibatan para pegawai itu dalam penyelewengan yang memalukan nama baik perkhidmatan awam.

“Kerajaan sangat serius dalam isu ini dan saya juga amat serius. Saya tidak boleh membenarkan ada pihak mencemarkan imej kerajaan dan perkhidmatan awam,” kata Mohd. Sidek kepada pemberita di sini hari ini dalam satu taklimat mengenai langkah susulan kepada Laporan Ketua Audit Negara 2006.

Laporan tersebut yang diterbitkan pada 7 September lalu sempena pembentangan Bajet 2008 mendedahkan pelbagai salah urus dana awam dan meletakkan perkhidmatan awam dalam imej yang negatif.

Dalam laporannya, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengkritik beberapa jabatan dan kementerian, termasuk menegur pembelian peralatan dan kelengkapan bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Begitulah laporan akhbar hari ini.

NAMUN ADA YANG TIDAK KENA DENGAN LAPORAN ITU. SEPATUTNYA BUKAN HANYA PEGAWAI KERAJAAN YANG DIKENAKAN TINDAKAN TETAPI YANG LEBIH UTAMA PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI YANG DISIASAT DAN DIDAKWA DAHULU KERANA SEMUA PENYELEWENGAN YANG DILAPORKAN ITU ADALAH DIKETAHUI OLEH MENTERI-MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59