Tuesday, 23 October 2007

Binalah Imej, buang imej Buruk - Tuan Ibrahim


TEMERLOH : Anggota parti perlu membina imej dengan membuang imej buruk supaya keyakinan rakyat terhadap PAS dapat dipertingkatkan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, imej buruk seperti bendera lusuh, papan tanda usang, markaz tidak terurus adalah imej parti yang harus diberi perhatian supaya sentisa berada dalam keadaan cantik dan menyenangkan hati orang yang melihatnya.

Sehubungan itu beliau mahu semua pihak memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut supaya imej PAS pada pandangan umum adalah imej positif.

Beliau berkata, jika bendera PAS dipasang pada rumah, pastkani rumah tersebut berada dalam kedaaan ceria, jika dipasang pada kenderaan pastikan kenderaan tersebut elok.

“Pastikan juga bendera PAS yang dipasang berada itu adalah bendera baru, bukan bendera lusuh atau dipasang pada kenderaan buruk yang boleh menjatuhkan imej parti,” ujarnya.

Pemuda diberi tanggung jawab besar.

Berucap pada perhimpunan Aidil Fitri anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang di Darul Amin , Sungai Gau, dekat sini beliau berkata PAS negeri telah memutuskan bahawa 40 peratus kerusi yang ditandingi PAS dalam pilihan raya umum akan datang diberi kepada pemuda.

Katanya, ini bermakna 40 peratus daripada kepimpinan PAS Pahang akan diterajui oleh pemuda, 40 peratus kepimpinan diperingkat kawasan juga akan diterajui oleh pemuda.

“Pemuda diberi kepercayaan dan tanggungjawab besar dalam kepimpinan PAS negeri dan kawasan serta cawangan,” katanya.

Dewan Pemuda juga bertanggungjawab mencari calon sesuai, berkewibawaan serta mampu untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Perjuangan

Dato Tuan mempertegaskan bahawa perjaungan PAS menggabungkan dua elemen penting iaitu siasah dan dakwah dalam satu wadah perjuangan.

Justeru PAS melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu berdakwah dan pada masa sama berjuang untuk mendapatkan kuasa politik.

Bagi memperolehi kejayaan dalam perjuangan, setiap anggota parti perlu mempunyai keyakinan terhadap parti dan perjuangan, memiliki ilmu pengetahuan yang mantap serta gerak kerja yang bersunggu-sungguh.


Suasana Tidak Selamat.

Katanya negara ini kini berada dalam keadaan tidak selamat, kerajaan telah gagal menjamin keselamatan rakyat, jenayah berlaku dimana-mana, rasuah sudah sampai kepada tahap parah.

Sebagai contoh beliau mempersoalkan bagaimana Syarikat yang mengendalikan Ferry dari Mersing ke Pulau Tioman yang terlibat dalam nahas baru-baru ini boleh beroperasi walaupun lesen sudah tamat tempoh lupus jika tidak ujud unsur rasuah.

“Ini semua mengambarkan tahap rasuah sudah sampai keakar umbi dimana tiada lagi agensi kerajaan yang tidak terlibat dengan gelaja itu,” katanya.

Sumber : Darigaunghati

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59