Wednesday, 24 October 2007

ANGKASAWAN NEGARA : RAKYAT KENA KELENTONG LAGI?????


DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Saya masih di Tokyo. Hari ini 23 Oktober 2007, akhbar Japan Times telah melaporkan satu berita di muka 4 � First Malaysian in space back home with a bump � pulang kepala bengkak. Ini mungkin kerana semasa Soyuz mendarat berlaku sedikit kesilapan teknikal. Dalam berita yang sama dinyatakan juga bagaimana Malaysia membayar 23 juta dolar �duit tambang� untuk menaiki Soyuz.

Juga dilaporkan kembali � ya beda bedoo - bagaimana coconout opps� angkasawan Malaysia dapat menumpang Soyuz kerana Najib Razak yang tidak ada bersangkutan apa-apa dengan Altantuya atau Ziana Zain telah bersetuju membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi pada tahun 2003 dahulu dengan harga 900 juta dolar. (Jangan tuduh saya tidak patriotik � ini laporan dari akhbar Jepun).

Apa yang hendak saya tulis di sini bukan tentang terbunuhnya gadis dari Mongolia atau kenapa 6 orang pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan diberhentikan kerja. Ini kisah lama, kisah yang telah saya baca dari Laman Mahazalim � laman fitnah dan tohmah yang sudah lama gulung tikar.

Apa yang ingin saya timbulkan di sini ialah satu persoalan yang semakin sarat mencari jawapan: Apakah betul manusia telah sampai ke bulan? Apakah kita semua telah dikelentong oleh NASA?

(Saya menggunakan perkataan kelentong. Maaf kerana menggunakan perkataan ini. Ada pakar bahasa telah menghantar pesanan ringkas kepada saya dan menerangkan asal-usul perkataan kelentong ialah dari dua perkataan - Keling dan tong. Ini kerana awal dahulu ada orang Keling yang membeli botol dan tin kosong sebagai punca mata pencarian. Saya tidak tahu bagaimana dua perkataan ini dikahwinkan dan diberi makna yang baru. Seharusnya hamba Allah ini dinobatkan sebagai contoh insan kamil yang menjadi pemula konsep kitar semula.)

Laporan dan pungutan suara di Amerika Syarikat akhir-akhir ini telah menunjukkan hampir 20% rakyat Amerika tidak percaya yang manusia telah sampai ke bulan. Angka-angka peratus ini semakin bertambah kerana dengan munculnya teknologi baru, bukan sahaja rakyat Amerika tetapi kita juga dapat menyelidiki satu demi satu bingkai-bingkai filem, gambar dan imej-imej dari pasukan Apollo yang dikatakan telah menjejak kaki ke bulan.

Untuk memahami kes kelentong NASA ini maka kita wajib kembali melihat latar belakang di zaman kegilaan naik ke bulan. Sesudah perang dunia ke dua tamat Amerika Syarikat telah menculik puluhan saintis Jerman dan dibawa pulang ke Amerika untuk memulakan kajian ilmu roket. Ini kerana para saintis Jerman telah memiliki ilmu pengetahuan roket ketika membuat senjata roket untuk menyerang dan menawan Eropah di zaman Hitler. Pada ketika ini juga para saintis Russia telah memulakan ilmu kajian roket.

Pada 4hb Oktober 1957 Republik Soviet Sosialis (USSR) telah berjaya melancarkan roket Sputnik ke angkasa lepas. Amerika menjadi gempar kerana mereka kelihatan jauh ketinggalan dalam ilmu pelancaran roket ke angkasa lepas. Ini diikuti pula dengan satu lagi kejayaan USSR meroketkan Yuri Gagarin pada 12 April 1961. Yuri Gagarin adalah manusia pertama � insan sosialis - naik ke angkasa lepas.

Ketika Sputnik dan Yuri Gagari di angkasa lepas Perang Dingin sedang berlaku. Pertembungan Amerika Syarikat dan USSR cukup sengit. Perang Dingin ialah perang di mana dua sistem ekonomi � kapitalis dan sosialis � sedang bersaing hebat untuk membuktikan kekuatan masing-masing dan mencari pengaruh.

Sebagai jawapan, kekasih Marilyn Monreo, Presiden Kennedy telah mengeluarkan satu arahan kepada NASA dalam ucapannya kepada kedua-dua parti ahli-ahli Kongres pada 25hb May 1961. Kekasih Marilyn Monreo ini telah mengarahkan NASA untuk menghantar angkasawan Amerika ke bulan dan pulang ke dunia dalam masa satu dekad. Belanjawan sebanyak 40 bilion dolar telah diperuntukkan kepada projek � Moon Landing.

Pada 16 Julai 1969 Apollo 11 telah dilancarkan untuk menghantar 3 orang angkasawan Amerika ke bulan. Saya masih ingat lagi, empat hari kemudian pada petang 20 Julai 1969 saya telah �mencuri� masuk ke rumah Chief Clerk, Malay College Kuala Kangsar untuk menonton TV hitam putih agar dapat melihat Neil Armstrong, Michael Collins dan Edward Aldrin Jr. menjejakkan kaki ke bulan. Saya tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat detik bersejarah ini lari dari pandangan mata dan ingatan saya.

Pada petang itu saya dan mungkin juga seluruh warga dunia cukup kagum melihat teknologi Amerika. Saya tidak memiliki apa-apa syak wasangka terhadap projek Apollo. Saya juga belum lagi memahami apa itu Perang Dingin dan apa itu propaganda dan perang saraf.

Ini berlaku pada tahun 1969, hari ini pada tahun 2007, saya agak was-was dan semakin kurang yakin tentang apa yang saya lihat petang itu. Saya masih ingat lagi gambar-gambar kabur hitam putih pada ketika Neil Armstrong menjejakkan kakinya ke bulan. Hari ini dari apa yang telah saya baca dan ulang tonton �footage� bersejarah ini sengaja di kaburkan oleh NASA kerana semua ini berlaku bukan di bulan tapi dalam studio di Area 51.

Area 51 adalah sebuah kawasan sulit di kawasan tandus Nevada Amerika di mana segala bentuk �kerja-kerja sulit penyelidikan� tentera Amerika sedang dijalankan. Ini kawasan rahsia dan larangan. Sesiapa yang cuba menerbus masuk atau mengintip akan mati katak tanpa soal siasat.

Hari ini timbul satu persoalan dalam kepala saya kenapa USSR yang pertama ke angkasa lepas tetapi TIDAK berniat menghantar cosmonout mereka ke bulan? Dalam satu klip temubual dengan Boris Valentinovich Volinov bekas ketua cosmonout USSR, yang saya temui dalam uTube, saya diberitahu bahawa untuk sampai ke bulan roket-roket perlu melintasi apa yang dipanggil Van Allen Belt.

Setelah roket meninggalkan bumi sejauh 700 atau 10,000 kilometer maka roket ini akan memasuki wilayah besi berani Van Allen Belt yang dipenuhi dengan radioaktif. Jauh bulan dari dunia ialah 250,000 batu atau 385,000 kilometer. Apollo 11 setelah 4 hari bergerak pasti telah melintasi Van Allen Belt. Persoalan timbul hingga ke hari ini belum ditemui lagi alat kebal/kalis yang dapat mendinding bukan sahaja para angkasawan tetapi roket itu sendiri dari dicemari oleh bahan radioaktif. Kerana itu menurut Boris Valentonovich USSR tidak berani menghantar manusia ke bulan.

Hari ini, jika kita meng�google� tentang Apollo 11, maka kita akan dapat melihat video/gambar/imej tentang sejarah manusia naik ke bulan. Apa yang memeranjatkan saya ialah ada klip filem yang menunjukkan bagaimana bendera Amerika yang dicacakkan di atas bulan kelihatan berkibar-kibar. Bendera tidak mungkin berkibar kerana di bulan tiada udara. Lalu persoalan timbul - kenapa bendera berkibar-kibar? Apakah Apollo 11 itu dilakukan dalam studio di Area 51?

Banyak lagi perkara-perkara aneh yang menghakiskan keyakinan saya. Anak roket yang turun ke bulan itu seharusnya akan melahirkan lubang/crater yang agak besar kerana kuasa pembakaran enjin ketika mendarat turun dari atas ke bawah. Tidak pula dapat dilihat gumpalan tanah, batu batan atau debu-debu yang terkumpul membukit di sekeliling anak roket ini. Ini bertambah pelik jika semua debu telah bertaburan jauh kerana tekanan jana kuasa enjin, kenapa pula banyak jejak jejak dan tapak kasut angkasawan ini kelihatan dalam gambar-gambar yang dihantar ke bumi?

Tentang gambar-gambar ini lagi pelik dan memelikkan. Menurut Jan Lundberg yang menjadi Pengarah syarikat kamera Hasselblad untuk Space Project NASA 1966-1975, dia sendiri hairan bagaimana gambar-gambar yang lahir dari kamera ini kelihatan cantik dan dapat dibingkaikan seperti gambar iklan walhal kamera yang direkanya pada ketika itu tidak ada view finder dan hanya tersangkut di atas dada para angkasawan. Gambar-gambar hanya diambil secara rambang. Bayangkan betapa susahnya untuk mengambil gambar kerana jari-jari para angkasawan ini cukup besar dibungkus oleh sarung tangan.

Kelentong NASA ini menjadi lebih lawak lagi apabila AREA 51 telah dirakam curi oleh satelit USSR. Ada satu gambar gaung di Area 51 yang betul-betul sama bentuk dan rupanya dengan gambar gaung yang telah dirakamkan oleh para angkasawan Apollo di bulan.

Kita tidak perlu belajar di sekolah filem Universiti of Westminster untuk memahami bagaimana banyak pencahayaan filem dan gambar-gambar dari Angkasawan Apollo ini bukan hanya dari satu sumber � matahari. Gambar-gambar ini telah mendapat cahaya dari pelbagai sumber seperti kita membuat filem. Ini membuktikan naik ke bulan itu telah dirakamkan dalam studio.

Bill Kaysing yang pernah menjadi ketua pengarah bahagian penerbitan/penganalisis syarikat Rocketdyne pembuat roket Saturn V yang menaikkan angkasawan ke bulan tidak pernah percaya dari awal lagi bahawa manusia telah sampai ke bulan dengan Apollo 11. Menurut Kaysing selama 7 hari Apollo telah mengelilingi dunia dan pada hari kelapan mereka telah turun kembali ke bumi untuk disambut hebat.

Menurut Kaysing, pada ketika itu Amerika tidak memiliki teknologi untuk menghantar manusia naik ke bulan dan pulang dengan selamat. Satu perkara yang ditunjukkan oleh Kaysing ialah gambar anak roket yang telah berlabuh di bulan, ketika malam. Latar belakangnya ialah alam yang gelap gelita tanpa satu pun kerlipan bintang. Bintang yang seharunya bertaburan seperti kita melihat langit di waktu malam.

Semua gambar-gambar yang dikaji selidiki ini adalah gambar-gambar rasmi kerajaan Amerika dan gambar-gambar dalam laman-laman rasmi NASA sendiri. Justeru tidak timbul kes sama ada ini pita rakaman Lingam atau pita rakaman Fairuz.

Tulisan saya bukan untuk membuktikan bahawa coconout opps.... angkasawan kita tidak naik ke angkasa lepas. Memang Soyuz naik ke angkasa lepas. Tetapi apabila coconout ...opps... angkasawan kita dinaikkan kerana telah ada agenda tersuruk, sama seperti agenda Perang Dingin NASA yang berjaya mengelentong rakyat dunia dengan Apollo 11 naik ke bulan.

Rakyat Malaysia TIDAK diberitahu (nasib baik saya baca akhbar Jepun) bahawa rakyat Malaysia telah membayar tiket untuk naik Soyuz ke angkasa. Untuk tujuan apa? Ini samalah seperti naik Proton Saga ke Kutub Utara atau pergi mendaki gunung apa namanya....saya dah lupa. Semuanya adalah kelentong besar untuk agenda politik.

Semuanya kelentong ini TIDAK ada sangkut-paut dengan keilmuan sains jauh lagi dalam bidang teknologi. Teknologi kepala bana apa? Kita hanya membeli tiket untuk naik Soyuz. Ini samalah macam naik Bas Mini dan kemudian dalam bas ini kita buat panggilan telefon ke rumah. Bas buatan Jepun. Telefon bimbit buatan Sweden. Kutu berahak penyelidikan apa? Tidak percaya apa yang saya tulis sila saman akhbar Jepun.

Duit tiket 25 juta dolar dan 900 juta dolar itu beli jet pejuang ini mungkin termasuk atau tidak termasuk duit upah kangkang opps... upah si penterjemah Altantuya, hal ini saya tidak arif. Tetapi saya sedar jika duit ini tidak digunakan untuk membazir membeli jet pejuang pasti boleh digunakan untuk membangunkan bilik-bilik makmal yang lengkap dan canggih untuk sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.

Neil Amstong telah berkelentong pada 20 Julai 1969 dengan kata-kata �satu jejak insan adalah satu loncatan besar untuk umat manusia�. Cukup indah bunyinya. Bagaimana pula dengan ini kata-kata pujangga ini - 457 juta ringgit duit komisen Sukhoi adalah loncatan besar untuk mendekatkan Najib kepada anak kunci simpanan duit Bank Negara�.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

Anonymous said...

hello saudara ,
mungkin kamu telah gila kerana terlalu kerap mendengar khutbah pas dan pendakwah yang kurang siuman dari segi moral dan ilmu pengetahuan. Kalau SAW bolih naik ke langkit ( ibupejabat ) kebanyakan agama dunia dengan seekor binatang kenapa pulak manusia moden tidak bolih sampai ke bulan dengan roket moden.Itu cuma cerita dan ini adalah realiti. Bukan apa , kalau bukan kerana keling dan cina ,umat kamu masih akan berada di alam fantasi melayu animisma , santau , toyol, hantu raya , polong , pontianak bahkan masih mengamalkan lagi walaupun telah di sinari olih cahaya nur islam.Kalau kamu sanggup percaya benda yang berlaku 1400 tahun dahulu kamu kena percaya apa yang berlaku sekarang .
Ulasan ini bukan nak menyindir perasaan sesiapa , saja nak maklumkan hahikat sebenar dan jangan lagak pandai .

Anonymous said...

kepada pengkomen no1...

kau ni jgn la samakan nabi naik ke langit dgn niel armstrong tu.. nabi naik kelangit atas mukjizat yg Allh berikan... kalau tahun 1969 diorg pegi bulan kenapa tidak pada tahun tahun sekarang ni...tahun 80an, 90an 2000 takde pegi bulan sedangkan teknologi semakin canggih... sebab tu la amerika menipu org seluruh dunia... termasuklah kau ni... kalau aku ckp kau sangap kau marah... tapi mmg sangap la

tq to writer

Anonymous said...

wahai bijak pandai , pengomen no.2,
itu hak kamu samada nak percaya atau tidak, antara cerita mitos dan realiti.Kita tunggu lah sampai syeikh mustapa naik ke bulan.Jangan jadi katak di bawah tempurung , buat analisa fakta sebenar , kajian dari segi semua ugama , tapi untuk orang macam engkau yang telah di takut takutkan sejak kecil tentang syurga dan neraka memang telah mati akal dan tidak bolih fikir sendiri ( takut masuk neraka ) baca paper hari ini , si amrozi dari indon pembunuh manusia juga orang islam semasa bom di bali mengaku bahawa di akan di temukan dengan bidadari 62( anak dara belaka ) orang di syurga apabila di hukum mati tak lama lagi.memang sangap macam engkau dan bamyak lagi .Buat dosa bukan takut tuhan tapi nak betina di syurga yang belum tentu ujud ( pelik bin ajaib ).
wallahualam

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59