Monday, 22 October 2007

ALI RUSTAM BARU LEPAS RAMADHAN DAH BUAT ONAR


BANDARAYA MELAKA : Bagai harimau terlepas dari sangkar melompat ke sana ke mari dan bebas melakukan apa sahaja. Mungkin itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Bahagian Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri yang menganjurkan pertandingan karaoke yang diadakan di Bazar Melaka 24 Jam baru-baru ini.

Mungkin Bahagian Sahabat Belia ini begitu GIAN untuk menganjurkan program yang melalaikan seperti ini dalam bulan Ramadhan maka dengan sepantas kilat sebaik sahaja Ramadhan berakhir mereka mengadakan program karaoke yang sudah pasti melibatkan percampuran lelaki dan perempuan yang melalaikan belia.

Apakah Ali Rustam selaku Ketua Menteri tidak mempunyai idea lain yang lebih bermanfaat bagi membina minda dan akhlaq belia. Apakah program seperti ini dapat membina akhlaq dan melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Selain itu program ini juga membuang masa para belia malah ianya juga menggalakkan belia berangan-angan untuk menjadi popular seperti artis-artis tempatan. Malah duit rakyat juga dibazirkan bagi menjalankan program ini.

Malah pertandingan yang berlarutan selama 24 jam sudah tentu menggalakkan muda-muda lelaki dan wanita berdua-duan tanpa mengira waktu.

Nampaknya gejala sosial dan maksiat yang semakin parah dan membarah di negeri ini sedikitpun tidak menyedarkan Ali Rustam apabila terus menggalakkan program seperti ini diadakan.

MASYA ALLAH.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

pemerhati said...

A'kum sdra. Semasa berkunjung raya di rumah seorang kawan di Rumah Awam Bukit Lintang, kami terkejut kerana ada warong kopi JKKK mempunyai karoke. Penduduk setempat sudah lama melaporkan pekara ini kepada pihak MBMBB sehingga kini tiada tindakan. Ini membuktikan Ketua Menteri mengalakan maksiat dalam kawasan kampong. kiranya sdra tinjau sendiri karoke milik JKKK di Bukit Lintang dalam parlimen Bukit Katil. Nampak sangat Ketua Menteri mengalakkan maksiat di kawasan kampung. Ada baiknya sdra pergi melihat sendiri maksiat di taja UMNO atas tiket JKKK..

Salam perantau
Kuala Pilah N9

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59