Friday, 14 September 2007

Umno akan berputih mata di Kelantan


Seorang pemimpin veteran Umno, Tan Sri Hussein Ahmad tidak yakin Barisan Nasional (BN) akan kembali menguasai Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga bekas ketua penerangan Umno itu berkata, banyak perkara lagi perlu diperbetulkan sebelum BN dapat kembali memenangi hati rakyat Kelantan.

"Umno telah berusaha tetapi tidak cukup lagi untuk berkuasa di Kelantan dan apa yang saya katakan ini memang pedih tetapi inilah realiti yang harus diterima Umno," kata Hussein kepada Bernama.

Beliau yang juga bekas timbalan menteri besar Kelantan, mendakwa perbalahan dalaman Umno masih berlaku dan rakyat Kelantan sememangnya mahukan "Mr Clean" mentadbir negeri kesayangan mereka.

Rakyat Kelantan, katanya, sudah jelak dengan perbalahan dalaman ini.

Beliau berkata, PAS sebenarnya tidak kuat tetapi 'Umno yang lemah sebenarnya' menyebabkan rakyat masih dingin terhadap Umno.

BN Kelantan tewas kepada PAS dalam pilihanraya umum 1990 apabila parti pembangkang itu menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jadi tumpuan

Ia akibat perpecahan Umno dan wujudnya parti serpihan Semangat 46 pimpinan bekas orang kuat Umno negeri itu - Tengku Razaleigh Hamzah. Kesan perpecahan ini berlarutan hingga pilihanraya 1995.

Dalam pilihanraya umum berikut pada 1995, BN gagal merampas semula Kelantan tetapi memenangi tujuh kerusi DUN ) dan dua kerusi Parlimen.

Dalam pilihanraya 1999, BN hanya mampu mempertahankan dua kerusi DUN dan satu Parlimen, ekoran isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, BN, khususnya Umno, telah mengejutkan PAS dalam pilihanraya umum 2004 dengan memenangi 21 daripada 45 kerusi DUN dan lapan daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan.

Kerusi BN bertambah satu lagi selepas memenangi pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir dalam pilihanraya kecil pada bulan Disember, menjadikan kedudukan kerusi di DUN Kelantan 22 BN dan 23 PAS.

Ekoran, Kelantan bakal menjadi tumpuan perhatian dalam pilihanraya umum akan datang sama ada BN pimpinan Datuk Seri Annuar Musa mampu merampas Kelantan dari tangan PAS

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59