Saturday, 15 September 2007

KERAJAAN NEGERI TIDAK PRIHATIN : BIARKAN PENDUDUK TAMAN PERUNA, SG UDANG DALAM BAHAYA

















Sg. Udang : Penduduk di Taman Peruna, Sg Udang sentiasa terdedah kepada risiko kerana terletak terlalu hampir dengan loji Petronas Melaka. Hal ini berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu iaitu sebaik sahaja loji tersebut beroperasi.
Menurut seorang bekas penduduk di taman tersebut, Khirul Che Salleh, 30 beliau difahamkan bahawa beberapa tahun lalu memang pihak berwajib menyuruh penduduk berpindah dengan di bayar pampasan sehingga kini janji tersebut hanya tinggal janji sahaja.
"Saya sendiri takut untuk menetap di situ disebabkan lokasinya yang terletak bersebelahan dengan loji Petronas tersebut. Andainya berlaku kemalangan seperti loji meletup sudah tentu penduduk juga akan terlibat sama".
"Kerajaan Negeri sepatutnya mengambil langkah segera untuk mengelakkan kecelakaan yang mungkin berlalu, malang tidak berbau" kata Khirul yang telah berpindah ke Ayer Keroh tahun lalu.
Tinjauan kami mendapati pagar loji tersebut terletak hanya beberapa meteri sahaja dari kawasan perumahan, di mana ianya jelas mempunyai risiko besar andai berlaku kejadian yang tidak diingini.
Janganlah kerajaan menanti sehingga berlaku kemalangan baru hendak bertindak sebagaimana bala dan bencana sebelum ini seperti tragedi Tsunami, kemalangan bas ekspres dan lain-lain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59