Monday, 24 September 2007

Selamatkan kampus kita dari Umno


Pilihanraya kampus sudah semakin hampir dan bertambahlah pencabulan hak-hak mahasiswa untuk bertanding dalam pilihanraya secara bebas. Mahasiswa pada hari ini menjalin proses pembentukan pemimpin ‘Pak Angguk’. Setiap apa yang ‘Bapa Hal Ehwal Pelajar’ iaitu Timbalan Naib-cancelor Hal Ehwal Pelajar suruh akan diangguknya.

Sekarang ini ramai sungguh yang jadi ‘pak angguk’ ataupun ‘Yes, boss’. Mereka seolah tidak sedar bahawa tindakan mereka itu sebenarnya tindakan merosakkan barisan masa depan negara. Masa depan negara akan kucar kacir bilamana negara suatu hari nanti akan ditadbir oleh ‘pak angguk-pak angguk’ ini.

MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) yang diketuai ‘pak angguk’ ini pasti tidak akan mampu mendepani cabaran globalisasi mendatang kerana mereka dilatih untuk hanya mengangguk sehingga menyebabkan pemikiran pewaris pemimpin negara tidak lagi kreatif. Apabila ditekan oleh kuasa besar seperti Amerika, kita amat bimbang pemimpin didikan ‘pak angguk’ ini hanya akan mengangguk sahaja tanpa memikirkan kesan negatif. Malaysia di dalam bahaya jika sistem pilihanraya kampus seperti ini diteruskan kerana kita akan gagal mendapat dan mendidik ‘true leaders’.

Pemimpin seperti ini tidak akan wujud disebabkan mahasiswa yang benar-benar layak bertanding dihalang sebab mereka bukan pilihan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti-universiti. Maka lahirlah peimimpin-pemimpin tangkap muat, bacul ‘pak angguk’ dan lembik. Pemimpin yang tidak mempunyai gagasan mereka sendiri. Hanya mengharapkan suapan daripada Jabatan HEP. Justeru ini, selamatkanlah kampus kita daripada terus diperkotak-katikkan oleh Jabatan HEP yang didalangi oleh Umno itu sendiri.

Abdul Razak Abdullah - Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59