Saturday, 15 September 2007

POLIS SIBUK TEMBAK RAKYAT, KERJA ASAS MEREKA TERBENGKALAI



Polis sejak Pilihanraya 1999 sibuk dengan tugas mereka menjadi kuda tunggangan BN sehingga kerja asas mereka mereka menjaga keamanan dan mencegah jenayah serta menyelesaikan kes jenayah terabai.
Tidak hairanlah bagaimana indeks jenayah meningkat mendadak tanpa tanda-tanda ujudnya penuruanan.
Bukti terbaru bagaimana lemah dan cuainya Polis ialah kes melibatkan rogol dan bunuh satu keluarga di Selangor.

Media semalam melaporkan bahawa seorang surirumah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa sejak enam tahun lepas tiada seorang suspek pun dihadapkan ke mahkamah berhubung kes rogol anak perempuannya berusia lapan tahun dan juga berhubung pembunuhan suaminya.

Wanita berusia 32 tahun itu berkata beliau telah bertanya kepada polis kenapa tiada sebarang tindakan diambil dan diberitahu mereka belum menangkap suspek dan siasatan sedang dijalankan.

Katanya semasa diminta mengecam suspek, anaknya telah menunjuk gambar dua lelaki yang didakwa merogolnya pada 12 Julai 2001 tetapi tiada apa-apa tindakan diambil.

"Sehingga kini anak saya juga tidak pernah ke mana-mana mahkamah untuk memberi keterangan tentang kes rogolnya," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam M. Manoharan yang mewakilinya dalam kes tuntutan samannya sebanyak RM450,500 terhadap polis dan kerajaan Malaysia kerana didakwa cuai dan gagal melaksanakan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan masyarakat.

Pada 23 Nov 2001 wanita itu yang bertindak bersendirian dan sebagai bakal pentadbir harta pusaka suaminya, telah menamakan Ketua Polis Daerah Hulu Langat, Ketua Polis Daerah Sentul, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam keterangannya, beliau turut memberitahu mahkamah walaupun 15 laporan polis dibuat termasuk kes merogol anaknya, kejadian pukul terhadap anak lelaki, rumahnya dipecah dan ugutan bunuh, pihak polis sehingga tidak pernah memanggilnya untuk membuat kawad cam atau menghubungi beliau untuk memberitahu perkembangan siasatan.

Katanya dalam kesemua laporan polis, suspek yang terlibat adalah orang yang sama.

Ditanya bagaimana beliau mengetahui suaminya mati dibunuh, wanita yang mempunyai empat orang anak itu berkata: "Ketika di bilik mayat, seorang doktor memberitahu saya suami mati ditetak."

Katanya pihak polis ada memberitahu yang mereka telah menangkap seorang lelaki tetapi dia tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah berhubung kejadian itu.

Wanita itu juga berkata beliau menandatanani satu dokumen untuk menarik balik laporan setelah diarah oleh polis kerana tidak mengetahui isi kandungannya.

Terdahulu wanita itu berkata beliau tidak tahu membaca kerana belajar sehingga darjah enam sahaja di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Dalam keterangannya semalam beliau berkata polis mengugutnya supaya menandatangani satu dokumen jika tidak mahu dituduh membuat laporan palsu.

Ketika pemeriksaan balas oleh Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh, wanita itu menafikan bahawa anggota polis pergi ke rumahnya membuat siasatan dan mengambil gambar ekoran laporan ada tiga lelaki memecahkan cermin di rumahnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat disambung 5 dan 6 Dis ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59