Sunday, 16 September 2007

PM CIPTA REKOD DALAM MALAYSIAN BOOK OF RECORDS



Perdana Menteri Malaysia, Imam Al Hadhari Wal Badawi dadalah PM yang mampu mencatatkan rekod sebagai PM yang paling tidak peka dengan rasuah dan juga PM yang paling tidak bermaruah.

Sifat ini boleh dimasukkan di dalam Malaysian Book of Record kerana PM negara lain jauh lebih ke hadapan dalam menangani rasuah di negara masing-masing.

Ini kerana walaupun sudah jelas laporan audit 2006 yang melaporkan begitu banyak penyelewengan dan salah laku dalam banyak kementerian beliau masih lagi 'cool' dan buat tidak 'dek' sahaja.

Azalina dan Hishamuddin jelas dikaitkan dengan isu ini tetapi PM buat tak tau sahaja. Tiada tindakan yang boleh disifatkan professional di ambil oleh beliau.

Tidak tindakan drastik atau serta merta seperti mengarahkan menteri dan pegawai-pegawai kementerian terbabit supaya bercuti atau meletakkan jawatan. Ini amat berbeza dengan pemimpin negeri-negeri barat, Jepun atau Korea yang sudah pasti akan melepaskan jawatan mereka sebagai PM jika kabinetnya terlibat dengan skandal demikian.

Maka kita mengharap Malaysia Books of Records dapat mencatatkan fakta dalam rekod mereka sebagai PM yang paling tidak bertanggungjawab.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59