Friday, 28 September 2007

PKR akan edar pita Lingam-Fairuz

















Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengedarkan kepada orang ramai klip video yang menunjukkan peguam kanan, Datuk VK Lingam berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim.

Dengan itu, kata Ketua Penerangannya, Tian Chia, orang ramai akan lebih faham mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, ia adalah antara beberapa tindakan susulan parti, di samping mengadakan majlis ceramah dan penerangan di seluruh negara.
Klip video tersebut didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya baru-baru ini.

Tian memberitahu demikian selepas mengiringi Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung di Istana Negara, meminta supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat klip video tersebut.

Tian berkata, gesaan itu dibuat ini kerana panel bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat ketulenan klip video tersebut mempunyai kuasa sempit, sedangkan isunya besar dan memerlukan penubuhan suruhanjaya diraja.

"Kita juga meminta Yang di-Pertuan Agong bertindak untuk menyelamat sistem kehakiman di negara ini," katanya.

Suruhanjaya diraja

Kerajaan melantik bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor untuk mengetuai panel bebas tersebut. Dua lagi anggotanya ialah Pengerusi Majlis Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar. Kedua-duanya adalah bekas pesuruhjaya Suhakam.

Sementara itu, Dr Wan Azizah pula berkata, hanya dengan penubuhan suruhanjaya diraja, ia boleh menyelesaikan masalah.

"Kebebasan kehakiman dan keadilan adalah kehendak rakyat jelata, jadi kita mahu Yang di-Pertuan Agong melihat rintihan rakyat ini," katanya.

Dr Wan Azizah berkata, isu kehakiman itu bukan baru kerana ia pernah berlaku dalam peristiwa pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 1988.

Katanya, ia diperkuatkan lagi dengan kes-kes yang membabitkan Anwar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas ahli Parlimen Bukit Bintang, Wee Choo Keong.

"PKR juga akan cuba mendapatkan nasihat berhubung isu ini dari Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara," katanya.

Turut mengiringi beliau ialah Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim serta Ketua Angkatan Muda (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59