Monday, 24 September 2007

PILIHANRAYA LAMBAT LAGI - IMAM AL HADHARI


Mungkin kerana beberapa langkah untuk menjadikan suasana memihak kepada BN tidak berkesan akhirnya Pak Lah mengakui tidak ada Pilihanraya Umum dalam masa terdekat. Atau mungkin juga Pak Lah ingin memerangkap pembangkang supaya leka maka semalam beliau membuat kenyataan tersebut.

Namun Pak Lah jangan ingat pembangkang begitu bodoh untuk mempercayai cakapnya bulat-bulat. Bukan kita semua tahu bahawa cakap-cakap pemimpin pembelit seperti beliau tidak boleh dipakai 100 %, kerana apa-apa pun boleh berlaku.

Bukankah seseorang yang berkuasa itu seringkali lupa dengan merasakan dialah paling berkuasa sehingga boleh buat apa sahaja.

Hari ini media melaporkan bahawa Imam Hadhari itu berkata, pilihanraya umum tidak akan diadakan dalam waktu terdekat ini walaupun ekonomi negara berada pada kedudukan baik.

Perdana Menteri berkata, beliau masih tidak mendapat ilham mengenai bila pilihan raya umum akan diadakan walaupun soalan itu sering diajukan kepadanya.

Beliau menegaskan, mandat yang diberikan kepada kerajaan dalam pilihan raya umum 2004 masih belum berakhir.

‘‘Yang ini (pilihan raya) nanti dulu, kita ada mandat, mandat kita ada dua tahun lagi,” kata beliau dalam temu bual eksklusif program VIP Awani yang disiarkan melalui saluran Astro Awani malam ini.

Menurut Abdullah, keadaan ekonomi negara yang kukuh terbukti apabila industri binaan sekarang menunjukkan peningkatan yang melegakan walaupun sektor itu sebelum ini berada dalam keadaan lembap buat tempoh yang agak lama.

‘‘Industri perkilangan, perkhidmatan dan lain-lain industri terus kukuh serta nilai perdagangan kita juga menunjukkan angka yang terus bertambah. Di samping itu, kita masih mempunyai rizab yang baik dan nilai mata wang kita juga stabil,” jelasnya.

Itulah kata-kata 'masuk bakul angkat sendiri' untuk menyedapkan hati, sedangkan pada masa yang sama negara terus berada dalam suasana yang cukup dahsyat dengan isu VK Lingam dan Tun Fairuz, isu menembak rakyat dengan peluru hidup, isu keselamatan yang semakin meruncing, isu rasuah, isu kesengsaraan rakyat akibat kenaikan harga barang dan banyak lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59