Thursday, 27 September 2007

'PERUSUH' MULA DI TAHAN, PEMBUNUH NURIN BAGAIMANA?


KUALA TERENGGANU – Polis mula menahan orang yang dikatakan perusuh di Terengganu.
Seorang peniaga ditahan polis ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Pantai Ali, Bukit Payung, Marang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes membakar Jalur Gemilang dan rusuhan yang berlaku di Jalan Sultan Mahmud dan Batu Buruk di sini pada malam 8 Sept lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I Negeri, Supttenden Khairi Ahrasa berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 2 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk diambil keterangan pada pukul 10 pagi ini.

Dia adalah antara 29 individu yang masih enggan menyerah diri walaupun polis telah menyiarkan gambar-gambar mereka di akhbar tempatan minggu lepas.
“Polis akan memberkas 28 lagi lelaki yang dikehendaki berkaitan kes rusuhan itu jika mereka terus berdegil untuk tidak menyerah diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, pada hari ini dua lagi lelaki menyerah diri termasuk seorang bekas imam yang tiada di rumah ketika polis menjalankan gerakan mencari menyerah diri.

“Bekas imam berusia 69 tahun dari Kampung Pak Madah, Bukit Payung, menyerah diri di IPD dengan ditemani seorang peguam pada pukul 11.30 pagi ini untuk memberi keterangan setelah mengetahui polis mencarinya semalam.
“Manakala seorang tukang kasut berusia 35 tahun pula menyerah diri pada pukul 2 petang ini setelah mengetahui polis memburunya di rumah di Kampung Tanah Lot, Manir dekat sini pagi tadi,” katanya.

Pada pukul 8 malam semalam, seorang sub kontraktor berumur 39 tahun dari Balai Besar, Dungun juga menyerah diri bagi membantu melengkapkan kertas siasatan berhubung kes rusuhan itu.

Katanya, 18 daripada 46 individu yang diburu polis telah memberikan keterangan masing-masing setakat ini

PERSOALANNYA POLIS BEGITU BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMBUAT OPERASI MENAHAN 'PERUSUH' TETAPI PEMBUNUH NURIN DAH LEBIH SEBULAN GAGAL DIKESAN

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59