Friday, 28 September 2007

PENTERNAK BABI VS ABU SEMAN




ABU SEMAN NAK BUNUH BABI, PENTERNAK NAK PERTAHANKAN

ALOR GAJAH: Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Tindakan Mengeluarkan Babi, Abu Seman Yusop dalam kenyataan akhbarnya semalam menyatakan bahawa Kerajaan negeri akan bertindak tegas melupuskan babi di Paya Mengkuang, selepas tarikh akhir pengeluaran babi berkuat kuasa pada 4 Oktober depan.

Katanya, pada 4 September lalu, pucuk pimpinan tertinggi MCA meminta supaya diberi tempoh sebulan kepada penternak babi di empat kawasan iaitu di Paya Mengkuang, Londang, Bukit Beruang dan Man Lok untuk mengeluarkan babi.

Menurutnya, kerajaan negeri tetap dengan keputusannya dan tidak akan melanjutkan tarikh bagi membolehkan penternak berkenaan untuk mengeluarkan babi itu.

"Tempoh sebulan sudah mencukupi. Setiap kali kita tetapkan tarikh untuk memusnahkan babi berkenaan, setiap kali ia ditangguh. Jika begini, sampai bila pun tidak ada berkesudahan.

"Jika tarikh ini dilanjutkan, masalah yang sama akan berulang lagi. Penduduk di kawasan berkenaan sudah mencium bau busuk sejak 50 tahun dan jika kes ini tidak diselesaikan, masalah itu akan bertambah untuk 50 tahun lagi," katanya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah kepada media di Bangunan Umno Masjid Tanah, dekat sini.

Beliau berkata, sejak 4 September lalu sehingga kini, sebanyak 37,824 babi sudah dibawa keluar dari kawasan ternakan di empat kawasan berkenaan dan dalam tempoh itu sebanyak enam kandang ditutup.

Terdapat lebih 145,000 babi dipelihara di kawasan berkenaan dan penternak perlu mengeluarkan 97,241 babi dalam sebulan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kerajaan negeri hanya membenarkan 48,000 diternak di kawasan Paya Mengkuang manakala di kawasan lain perlu ditutup.

Menurutnya, penternak di luar Paya Mengkuang memohon kerajaan negeri supaya melanjutkan tarikh berkenaan dengan memberi pelbagai alasan kononnya mereka menghadapi masalah untuk mengeluarkan babi bunting dan anaknya.

Beliau berkata, mereka juga memberi alasan penjualan babi tidak laku, tidak cukup tempat penyembelihan dan pusat penyembelih ditutup serta pelbagai alasan lain.

"Jika mereka ingin pusat penyembelihan dibuka 24 jam, kerajaan boleh mengarahkan pusat berkenaan dibuka tetapi mereka tidak berunding supaya ia boleh dilakukan.

"Bagi kita, kerajaan negeri tetap berpegang dengan apa yang sudah diputuskan dan pelaksanaan akan terus dilakukan pada tarikh berkenaan," katanya.

MANAKALA Penternak-penternak babi Paya Mengkuang ketika ditemui Selasa lalu sepakat untuk mempertahankan ternakan mereka.

Salah seorang penternak, Lim Oh Pah, 46, berkata mereka akan mempertahankan babi-babi tersebut kerana itulah pendapatan mereka untuk menyara kehidupan seharian. Walaubagaimanapun Lim berkata mereka boleh bertolak ansur sekiranya kerajaan menyediakan tapak baru dan juga membayar kerugian yang dialami penternak.

Beliau menyatakan bahawa kebanyakan penternak juga terpaksa membayar pinjaman bank yang dibuat untuk menampung kos penternakan mereka.

"Kalau semua babi dihapuskan macamana mau bayar duit bank, boleh bangkrap, takkan nak pinjam dengan along" tanya Lim dengan marah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59