Friday, 14 September 2007

NELAYAN DITIPU KERAJAAN NEGERI



MELAKA: Lebih 150 nelayan di Pantai Klebang, Klebang Besar, dekat sini mendakwa jumlah pampasan yang diterima berikutan kerja penambakan laut di kawasan berkenaan tidak sama dengan jumlah yang diperolehi nelayan di pantai berhampiran.

Mereka yang berkumpul beramai-ramai secara aman sejak 8 pagi semalam yang menjalankan kerja melanggai dan menyungkur udang dan geragau menerima pampasan RM300 ke RM1,200 seorang sedangkan nelayan di Limbongan menerima RM8,000 seorang.

Wakil nelayan itu, Rahmat Hamzah, 39, berkata pihaknya akan menghantar memorandum kepada kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian dan keadilan berhubung pemberian pampasan diterima nelayan di tempat lain terutama di Limbongan yang juga terjejas akibat penambakan laut.

Katanya, terdapat 189 nelayan di kawasan Klebang Besar dan mereka hanya menerima saguhati antara RM300 dan RM1,200 bulan lalu.

"Ini menimbulkan ketidak puasan hati nelayan kerana nelayan di Limbongan sebelum ini menerima pampasan RM8,000 seorang.

"Kerajaan menambak laut di kawasan kami mencari rezeki menyebabkan kami tidak dapat turun lagi ke laut untuk melanggai dan menyungkur udang," katanya.

Menurutnya, lebih 150 nelayan pantai menjalankan aktiviti ke laut sepenuh masa dan sejak dua bulan lalu, mereka gagal berbuat demikian berikutan kehadiran lumpur di tepi pantai akibat kerja penambakan berkenaan.

Katanya, nelayan pantai juga terpaksa ke tempat lain untuk melanggai dan menyungkur terutama di Pantai Puteri.

Beliau berkata, terdapat dua jenis nelayan yang menjalankan kegiatan utama di pesisir Pantai Klebang Besar iaitu nelayan pantai membabitkan 188 orang dan nelayan laut seramai 17 orang.

Nelayan pantai kebiasaannya akan menjalankan kegiatan melanggai udang di mana mampu memberi pulangan RM2,000 sebulan manakala kegiatan menyungkur udang geragau pula boleh menikmati pendapatan RM500 hingga RM1,000 setiap kali ke laut.

Rahmat berkata, kegiatan menyungkur geragau ini biasanya dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali sebulan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59