Saturday, 15 September 2007

MATI ADALAH CITA-CITA PEJUANG ISLAM



Rusila : Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu menegaskan bahawa mati syahid cita-cita pejuang Islam walau di mana sahaja mereka berjuang.
"Peluru tidak akan menakutkan pejuang Islam untuk bangkit menentang pemerintah yang zalim".
"Kita akan bangkit untuk menegakkan yang makhruf dan mencegah kemungkaran. Terbunuh 6 orang pelajar di Indonesia di zaman Suharto akhirnya menjatuhkan kerajaan regim Suharto" tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah berkenaan isu insiden Batu Burok di Masjid Rusila, Marang malam tadi.
Mohd Sabu menegaskan bahawa PAS masih sabar dan terus berpegang kepada prinsip perjuangan secara silmiah (selamat) dan aman iaitu melalui kaedah demokrasi pilihanraya. Tetapi kesabaran ini ada hadnya jangan sampai rakyat dan ahli di tembak dengan peluru hidup.
Beliau menceritakan bagaimana pihak Polis seawal pukul 10.00 malam lagi mengejar seorang pemuda dengan pistol terhunus, di mana beliau sendiri mengherdik Polis tersebut dengan berkata, "hoi hendak bunuh orang ka". Lantas Polis itu terus masuk ke dalam gerombolan FRU dan menghilang.
Begitulah zalim dan tidak professionalnya Polis dalam kejadian itu yang menyebabkan kredibiliti mereka terus menjunam dan punah teruk di mata rakyat.
Turut memberikan ceramah malam tadi ialah Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Ustaz Nasaruddin Mat Isa; Setiausaha PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub dan lain-lain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59