Tuesday, 18 September 2007

MANA PERGI KERAJAAN SEMASA RAKYAT SUSAH


Mangsa bah kecewa, tiada pihak hulur bantuan

SUNGAI PETANI: Lebih 60 buah keluarga di Kampung Seberang Terus Kota dan Alor Jawi di Kuala Muda yang hari ini terpaksa berpindah kerana banjir kesal kerana mendakwa tiada pihak yang datang membantu.

"Kamipun tak tahu hendak ke mana... kini kami menumpang di rumah saudara-mara, tiada pusat perpindahan di tempat kami dan tiada siapapun datang membantu," kata seorang penduduk Kampung Seberang Terus Ku Zainol Ku Ibrahim,41 ketika ditemui Bernama di sini.

Beliau berkata, penduduk kampung berkenaan terpaksa berikhtiar sendiri untuk berpindah setelah rumah mereka dimasuki air dan kini terpaksa menyusahkan saudara-mara di kampung lain.

Katanya, rumah mereka mula dimasuki air malam tadi dan beliau mendakwa tiada pihak berwajib yang datang ke kampung mereka sehingga sekarang dan menurutnya kebanyakan pemilik rumah setingkat di kampung itu mula berpindah sendiri awal pagi ini.

Seorang penduduk Kampung Alor Jawi, Othman Yahya, 45, berkata, lebih 20 keluarga di kampung itu terpaksa membuat keputusan sendiri berpindah ke rumah saudara yang belum dilanda banjir.

"Saya kesal... mana dia pihak yang patut bagi bantuan? Kenapa tak buka pusat perpindahan dan apa jadi kalau kampung yang kami tumpang inipun dinaiki air tengah malam?" kata beliau.

Beliau mendakwa, pihak tertentu hanya meninjau masalah penduduk di sini dari jauh sahaja dan tidak datang melihat sendiri masalah yang mereka hadapi.

Tinjauan Bernama mendapati air di kawasan itu masih naik berikutan air laut yang pasang.

Kampung yang terbabit dengan banjir ialah Kampung Rantau Panjang, Kampung Bukit Lalang, Alor Jawi, Kampung Baru Kota Kuala Muda, Kampung Seberang Terus dan Kampung Kabu.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan itu dan enggan mengulas lanjut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59