Tuesday, 18 September 2007

MALAYSIA SEMAKIN TIDAK SELAMAT



Tragedi malang membabitkan kanak-kanak perempuan tidak berdosa berlaku satu demi satu, seolah-olah tidak ada kesudahannya.

Terbaru ialah kejadian yang membabitkan dua mangsa yang masih tidak mengerti apa-apa.

Ketika misteri kehilangan Nurin Jazlin Jazimin, 8, masih belum terjawab, orang ramai hari ini dikejutkan dengan penemuan menyayat hati mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini.

Sebelum itu, dua hari lalu, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Norashila Jaafar(Gambar) dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Selangor, sebuah kawasan perumahan yang terletak kira-kira 50 kilometer ke utara Kuala Lumpur.

Norashila hilang bersama dua lagi remaja perempuan berusia 14 tahun yang merupakan jirannya.

Dalam kejadian di Petaling Jaya pagi ini, mayat kanak-kanak berusia antara enam hingga sembilan tahun ditemui dalam keadaan berbogel di dalam sebuah beg pakaian. Kaki mangsa mengerekot manakala terdapat kesan lebam di leher selain luka dan calar-calar di kaki.

Identiti kanak-kanak yang berambut pendek dan berkulit sawo matang itu belum dapat dikenal pasti.

Nampaknya Malaysia semakin tidak selamat. Ibubapa sekarang semakin gusar untuk melepaskan anak-anak keluar dari rumah. Apa puncanya?

Tetapi semua kes ini seolah-olah tidak memberikan kesan kepada kerajaan Islam Hadhari dan Polis. Mereka lebih leka memantau ceramah-ceramah pembangkang daripada melaksanakan kerja asasi menjaga kesalamatan.

Malah rakyat yang tidak berdosa yang hendak pergi mendengar ceramah pun ditembak. Manakala penjenayah bebas berkeliaran di luar sana.

Inilah bala Allah kepada Malaysia disebabkan kezaliman kerajaan dan Polis kepada rakyat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59