Wednesday, 26 September 2007

DAFTAR SEGERA SEBAGAI PEMILIH UNTUK LAYAK MENGUNDI


KUALA LUMPUR : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya mendaftar sebagai pengundi selewat-lewatnya hujung bulan ini sekiranya mahu mengundi pada pilihan raya umum ke-12.

Jika seseorang itu gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, kemungkinan besar nama mereka tidak akan tersenarai sebagai pemilih berdaftar untuk pilihan raya umum berkenaan.
Semua pihak harus sedar proses memasukkan nama sebagai pengundi dalam senarai pemilih perlu mengikut undang-undang dan tempoh masa yang ditetapkan ialah tiga bulan.

Pengundi baru yang membuat pendaftaran pada bulan ini, namanya akan dimasukkan dalam senarai pemilih bulan Disember iaitu selepas melalui beberapa proses undang-undang.

Selepas proses itu selesai, mereka kemudian dibenarkan membuang undi pada pilihan raya umum akan datang yang kemungkinan akan diadakan pada awal tahun depan.

Orang Melayu merupakan golongan tertinggi tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai program diatur untuk memudahkan mereka mendaftar.

Sebagai contoh, dalam program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas, katanya, 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain.

Bagaimanapun, sekiranya pilihan raya umum diadakan pada tahun ini, nama mereka yang mendaftar bulan ini tidak akan dapat dimasukkan ke dalam senarai pemilih kerana tempohnya belum cukup tiga bulan.

Oleh itu mereka yang belum berdaftar mestilah segera berbuat demikian. Sekurang-kurangnya mereka boleh menjadi pengundi jika pilihan raya umum diadakan pada awal tahun depan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59