Wednesday, 26 September 2007

KITA MINTA SURUHANJAYA DIRAJA BUKAN PANEL (TAK) BEBAS


Sebuah suruhanjaya diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat skandal pita Lingam kerana ia mempunyai kuasa perundangan untuk berbuat demikian.

Suruhanjaya diraja yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 mempunyai kuasa untuk memanggil saksi, mewajibkan kehadiran dan menyediakan imuniti kepada para saksi bagi memastikan keberkesanan siasatan yang dijalan.

Inilah saja caranya untuk memastikan siasatan dijalankan secara berkesan bebas dan tanpa sebarang rasa takut. Sebaliknya, penubuhan sebuah panel bebas tidak mencukup kerana ia tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menjalankan siasatan secara berkesan.

Sebuah panel yang ditubuhkan oleh kabinet untuk menjalankan siasatan belum tentu dapat menjalankan dengan sempurna dan bebas kerana ianya boleh dipengaruhi oleh kabinet itu sendiri.

Klip video selama lapan minit itu menunjukkan Lingam, seorang peguam kanan, sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengatur pelantikan hakim.

Antara panel yang dilantik untuk menyiasat Klip video tersebut ialah bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor akan mengetuai panel bebas tiga anggota itu. Dua lagi anggota panel tersebut ialah Pengerusi Majlis Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar. Kedua-duanya adalah bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59