Thursday, 27 September 2007

Kelab Penyokong PAS cadang penternak babi serah memo dan bawa isu babi ke Parlimen
















Paya Mengkuang : Kelab Penyokong PAS Kaum Cina mencadangkan perternak-penternak babi di Paya Mengkuang dan kawasan sekitarnya menghantar memo bantahan kepada Ketua Menteri di atas sikap kerajaan negeri yang bertindak membelakangkan kebajikan penternak-penternak babi di kawasan tersebut.

Naib Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum Cina, Yau Con Seng berkata, tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah mahu menutup semua kandang dan menghapuskan sebahagian besar babi di kawasan tersebut merupakan tindakan yang tidak berperikemanusiaa.

“Menternak babi adalah pekerjaan mereka, mereka mencari duit, membesarkan anak-anak dan memberi makan keluarga dengan hasil babi, kalau semua sudah dibunuh , mana mereka mau cari makan”.

“Kalau kerajaan mahu bunuh semua dan tutup kandang di Paya Mengkuang dan kawasan lain, kerajaan mesti memberi kawasan lain yang lebih sesuai, mereka juga mesti diberi pampas an setimpal” tegas beliau yang juga merupakan Setiausaha Khas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Yau juga berkata, babi-babi itu berhak diberi peluang untuk hidup kerana tiada bukti babi-bagi berpenyakit seperti yang berlaku di Bukit Pelanduk di mana babi-babi disana dihinggapi JE.

Selain itu beliau juga mencadangkan penternak-penternak babi membawa isu ini ke Parlimen Malaysia melalui Ahli Parlimen PAS, YB Salahuddin Ayub agar keluhan dan bantahan mereka didengar sendiri oleh pemimpin-pemimpin negara.

“Kalau Lim Kit Siang yang bawa isu ke Parlimen sudah tentu kerajaan kata ini isu perkauman tetapi kalau Salahuddin yang kemukakan isu perkauman tidak akan berbangkit” kata Yau.

Yau berkata demikian ketika berucap pada majlis dialog antara Kelab Penyokong PAS dan perternak-pertenak babi di Pejabat Persatuan Perternak-Penternak Babi Melaka di Paya Mengkuang Isnin lalu.

Penternak-penternak babi melahirkan rasa gembira dan mengucapkan terima kasih di atas kesudian Kelab Penyokong PAS Kaum Cina dan pimpinan PAS Negeri Melaka mendengar keluhan dan pandangan mereka yang sekarang sedang menghadapi kemelut dengan kerajaan negeri yang berusaha untuk menutup kandang dan mengurangkan jumlah babi yang diternak mereka.

Pada majlis itu juga, Kelab Penyokong PAS juga menyampaikan sebakul kuih bulan sebagai tanda ingatan kepada penternak-penternak babi di kawasan tersebut.














Turut sama berdialog ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Pegawai Khas YB Salahuddin, Cheok Jiun Hong; Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan, Ng Chee Pang; Setiausaha PAS Negeri Melaka, Harun Mohamed; Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Taufik Abdul Ghani; Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab; Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Masjid Tanah, Julasupiyah Kassim.

Sementara itu seorang penternak, Lim Oh Pah telah memohon injuksi mahkamah agar kerajaan negeri tidak dapat mengambil tindakan menutup dan menghapuskan babi di kawasan tersebut. Injuksi ini difailkan di Mahkamah Tinggi Melaka melalui sebuah firma guaman terkemuka dari Kuala Lumpur.

Lim ketika ditemui merasakan kekesalan di atas tindakan pihak kerajaan yang seolah-olah mahu berperang dengan rakyat dalam peristiwa ‘pertempuran’ antara FRU dan penternak-penternak babi di Paya Mengkuang awal bulan ini.

“Kita baru sambut merdeka 50 tahun tapi, kerajaan buat ini macam, banyak malulah, kita rakyat mahu cari makan, semua hal kita boleh bincang bukan buat samseng ini macam” kata Lim dengan kesal.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59