Friday, 14 September 2007

INSIDEN BATU BUROK : POLIS BOHONG



Kuala Terengganu : Dari cerita seorang ahli PAS di bawah ini ternyata Polis bercakap bohong.

Laporan penuh seperti disiarkan dalam Malaysiakini:

Seorang saksi kejadian rusuhan di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu malam Sabtu lalu mendakwa seorang anggota polis melepaskan empat atau lima das tembakan rambang ketika lari dari kumpulan beberapa pemuda selepas berlaku satu pertengkaran.

Osman Ismail (gambar), 49, dari Kampung Nibong dekat Kuala Terengganu mendakwa, beliau melihat sendiri anggota polis melepaskan tembakan tersebut sambil berlari.
Katanya, beliau berada hanya beberapa meter dari tempat kejadian dan dapat melihat dengan jelas bagaimana ia berlaku.

"Pada mulanya berlaku pertengkaran antara anggota polis terbabit dengan tiga atau empat lelaki. Seorang lelaki memegang sebatang kayu kecil dan mengacu untuk memukul anggota polis tersebut.

"Seorang daripada mereka telah menumbuk anggota polis tetapi tidak rebah dan ketika itu beliau melepaskan tembakan rambang sambil berlari ke arah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak jauh dari situ," katanya kepada malaysiakini semalam.

"Saya yang takut terkena peluru sesat, bergerak ke arah lain dan ketika mendengar laungan 'mati'.

Terkena tembakan

"Kejadian tersebut berlaku hampir jam 12 tengah malam dekat hotel Permai Park Inn. Saya tengok kejadian itu sampai selesai," kata Osman yang menjalankan perniagaan menjual kereta terpakai di Kuala Terengganu.

Tujuh orang tercedera dalam insiden tersebut, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.

Osman juga menolak dakwaan anggota polis terbabit rebah atau terjatuh kerana ditolak oleh perusuh seperti yang dilaporkan media massa.

"Bohong jika orang kata anggota polis itu rebah," katanya.

Bagaimanapun, Osman berkata, dia tidak nampak orang kena tembak kerana cuaca gelap tetapi terdengar laungan `mati.'

Menurutnya, beliau juga tidak mendengar pemuda berkenaan cuba membuat provokasi kepada anggota polis terbabit.

Pecah cermin kereta

"Sebaliknya anggota polis itu yang memprovokasi pemuda berkenaan," katanya.

Osman mendakwa, beliau nampak anggota FRU yang berang bertindak memecah cermin kereta dan motosikal yang diletakkan di tepi jalan.

Beliau juga berkata ternampak trak FRU terlanggar pasu bunga di Jalan Sultan Mahmud ketika mengundurkan kenderaan secara membuta tuli.

Osman mendakwa, ada anggota polis yang membaling batu ke arah orang ramai semasa rusuhan itu berlaku.

Ditanya mengapa beliau tidak membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut, Osman berkata, tidak berbuat kerana bimbang ditangkap polis.

"Tetapi saya sanggup menjadi saksi, jika polis tidak menangkap saya," katanya.


Ketika dihubungi kemudiannya, Ketua Polis Terengganu Datuk Ayub Yaakub minta Osman tampil memberi keterangan kepada pihak polis.

“Kita mengalu-alukan kenyataan daripada saksi kejadian tersebut. Kita masih menyiasat (insiden tembakan itu)," katanya.

Sebelum ini, Ayub berkata, seorang anggota polis berusia 25 tahun telah melepaskan empat das tembakan ketika diserang oleh sekumpulan lelaki.

Katanya, anggota polis tersebut dipukul di bahagian matanya hingga berdarah dan rebah tetapi mereka terus memukulnya.

“Dia tidak ada pilihan, dia menggunakan tangan kirinya untuk menangkis pukulan dan tangan kanannya mencapai pistolnya. Kerana muka berlumuran darah, dia tidak dapat melihat dengan jelas," katanya.

Ayub berkata, anggota polis itu masih rebah dan sikunya di atas tanah ketika dia menembak ke udara dan dia sendiri tidak tahu yang ada orang yang terkena tembakan itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59